Monday, August 29, 2011

Saya Tidak Katapun Mat Indera Itu Komunis -M/Sabu

KANGAR, 29 Ogos 11: "Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS, (gambar) yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu. Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.

Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam. Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.

Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British. (IH)

8 comments:

kahaq said...

ye lah dah tercakap nak buat cam mana. msg nya jelas, semua orang tau, nak tolong kawan dari D.. kan? Dulu lain sekarang lain. Kona lah mat lagi boleh...

leekonu said...

alamak I LUPAlah yake I cakap tu macam?

Anonymous said...

dah mat indera tu mmg komunis kan?kalu tak ckp mat indera komunis pun die tetap komunis. harakah ni mmg paper fitnah and membela orang2 camni

Anonymous said...

Ramainya orang bangang dalam forum nih! Peristiwa bukit kepong tu berlaku tahun berapa? Masa tu pasukan PDRM belum ditubuhkan lagi pun, yg ada mata-mata gelap British! British tu sapa? Penjajah yang kita nak halau tulah!

So kalau Mat Indera menentang mata-mata yg bekerja dengan British musuh kita waktu itu, siapakah yg mengkhianat? Siapakah pejuang?

Yg itupun payah nak fikir ker? Sedarlah..ini zaman IT, jgn dibutakan lagi dengan maklumat!

Anonymous said...

Bagus le tu....Cerita nak lawan British tapi sekongkol ngan golongan 'ateis' yg tak percaya tuhan atas dasar nak tumbangkan penjajah.....Lepas mulut rimau masuk mulut dinasor.....

Anonymous said...

Bahalolnye komen Anonymous August 31, 2011 7:54 AM ni.
So what klau polis tu keje dgn British,then Mat Indera tu berjuang bunuh org islam melayu tu untuk sapa??merdeka xmerdeka lsg xjadi issue kat sini la bahalol oi..yg jadi issue mat indera tu berjuang dgn dan utk sapa???!!!

Anonymous said...

SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU...TAK SANGKA TUNKU ABDUL RAHMAN ONN JAAFAR TALIBARUT BRISTISH...nama pada umno sendiri pon x tak betul..pru akan datang jangan mengundi BN..sampai bila bila

Anonymous said...

Anon 1.29 yg bahlol,

Kau ingat semua orang yang dah mengaku Islam haram bunuhlah ya? Mana ada dlm kitab orang islam haram bunuh? kalau mereka sendiri membunuh orang Islam lain maka wajiblah dibunuh mereka itu. Nyawa dibalas nyawa, darah di balas darah. Apa kerja mata-mata gelap ketika itu? Mengapa mereka dibekalkan senapang oleh pihak British? nak tembak gajahkah? Mereka diujudkan sebagai mengekalkan kekuasaaan British di tanah melayu. Siapa menghalang, mereka akan diburu dan dibunuh, bukan oleh orang putih sendiri. Oleh bajingan mata-mata inilah! Pergi tengok kisah Pahlawan Tok Janggut yang mayatnya diarak keliling kampung selama berhari-hari. Siapa yang menjaja mayat, menghina allahyarham? Melayu islam kitalah. Barua british! Tak ke sakit hati kau melihatnya?

Memang kau bahlol sebahlol-bahlolnya!Utk pencerahan, saksikan klip video Sheikh Imran Hoesin tentang Dajjal dan Iman mahadi serta sistem Khalifah Islam. Garenti hilang ketololan kau tuh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails