TELUK DUNRAVEN, Wales – Dua remaja lelaki an dua gadis terlepas daripada maut selepas mereka berjaya diselamatkan dari tebing setinggi 60.96 meter di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Semua remaja berusia 17 tahun itu pada mulanya pergi ke kawasan pantai di Teluk Dunraven dekat Southerndown untuk bersuka ria sempena cuti sekolah.
Mereka kemudian memanjat tebing batu untuk menyanyi. Malangnya, mereka terperangkap di tepi tebing kerana air laut mula pasang.
Mujurlah ada beberapa orang yang terlihat mereka dari arah pantai yang memberitahu pihak keselamatan menyebabkan sebuah helikopter dihantar untuk melakukan operasi menyelamat.
Keempat-empat remaja itu diangkat dengan menggunakan tali ke tempat yang lebih selamat.
Beberapa pegawai keselamatan yang menaiki bot gagal untuk mendekati lokasi tempat keempat-empat remaja berkenaan terperangkap kerana ombak kuat.
Keempat-empat remaja itu dihantar oleh helikopter berkenaan ke kawasan berhampiran. – Agensi
nie ape kejadah diaorg nie duk main tepi2 tebing....xde tempat lain ke nak main huhuhu...
ReplyDeleteDownload : Ceramah Ustaz Azhar Idrus (Kitab asas Fardhu Ain) - Part 1
Download Ceramah Agama: Ustaz Dr. Zahazan Mohamed (Tafsir Surah Ar-Rahman)