"TV3 menerusi Buletin Utama semalam menyiarkan rasa tidakpuas hati para pengusaha kuda tunggangan riadah di pantai Batu Feringgi, Penang.
Menurut laporan mereka beberapa pengusaha servis itu mengeluh kerana perkhidmatan kuda tunggangan mereka telah pun di hentikan oleh Kerajan Negeri Pulau Pinang sejak berlakunya kemalangan yang melibatkan seekor kuda yang ditunggang pelancong melanggar seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pantai itu.
Para pengusaha tersebut mengeluh kononnya dengan larangan kerajaan negeri PP itu, sumber rezeki mereka telah tersekat seolah-olah periuk nasi mereka telah di masukkan pasir. Sekali lagi TV3 telah mempolitikkan isu.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah, larangan kerajaan PP itu bersifat sementara. Sukacita diingatkan, yang keputusan itu diambil oleh kerajaan negeri adalah bagi mengutamakan keselamatan rakyatnya sehingga jalan penyelesaian dijumpai untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga sedang menimbang untuk mencadangkan lokasi alternatif yang lebih sesuai untuk riadah ini.
Kerajaan negeri bukanlah zalim. Dengan PRU 13 yang bakal mengetuk pintu, kerajaan PP bukanlah bodoh untuk membuat suatu keputusan yang tidak popular yang dapat menghilangkan undi rakyat. Kerajaan PP sebenarnya perihatin dgn mewartakan larangan itu apabila mengambil kira kesengsaraan kanak-kanak malang itu dan juga sensitiviti kedua2 ibu bapa dan keluarga kanak-kanak itu.
Adalah menjadi satu perkara biasa apabila larangan yang bersifat sementara atau pun penggantungan sesuatu aktiviti itu terpaksa dibuat sementara siasatan di jalankan. Seperti yang dikatakan tadi, kerajaan PP tidak lah zalim. Zalim membawa erti membuat sesuatu itu tidak kena pada tempatnya. Jika zalim, mereka telah pun mengharamkan aktiviti ini sedari dulu lagi tanpa sebab.
Ini tidak, penggantungan itu dibuat sebagai respon mereka terhadap kemalangan yang menimpa anak kecil itu. Ini jelas menunjukkan yang mereka telah pun melakukan satu tindakan yang tepat yang mengutamakan keselamatan rakyat.
TV3 sebenarnya telah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan PP sehinggakan isu ini pun dipolitikkan untuk menghentam lawan. Biarlah kerajaan negeri mentadbir negeri mereka, jangan lah isu yang isolated seperti ini pun hendak dipolitikkan.
Mungkin kuda itu tidak merempuh anak cucu orang BN atau kaum kerabat orang TV3, oleh sebab itu lah mereka tidak sensitif. Bayangkan jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kekal hasil dari pelanggaran itu, bagaimanakah rasa kedua ibu bapanya? Pasti kecewa bercampur marah. Tambahan pula BN yang menyalak sebagai kerajaan perihatin tidak langsung melahirkan rasa simpati terhadap mereka tetapi dilihat lebih mempertahankan pengusaha kuda.
Lidah TV3 sememangnya bercabang. Inilah sifat mereka akhir-akhir ini. Percayalah, jika kerajaan PP masih membenarkan aktiviti menunggang kuda ini diteruskan, nescaya TV3 akan menyerang mereka dari arah bertentangan dengan menghantar pencacai mereka ke rumah kanak-kanak itu dan membuat liputan dengan penuh kepura-puraan kononnya mereka mengambil berat tentang kanak-kanak malang itu.
Mereka akan menyerang kerajaan PP dengan mengatakan yang Kerajaan PP tidak perihatin terhadap rakyat nya yang ditimpa musibah tetapi lebih mengutamakan keuntungan komersial dengan tidak mengenakan larangan aktiviti kuda pantai itu. Inilah sifat jijik kewartawanan TV3. Entah lepasan universiti "cikai" mana wartawan mereka sekarang ini. Sesungguhnya editor mereka juga bersifat bebal.
TV3 sepatutnya lebih fokuskan kepada isu yang lebih makro untuk diketengahkan. Hentikanlah sikap yang menjengkelkan ini. (IH)
No comments:
Post a Comment