Wednesday, August 17, 2011

Zakat K'tan: Lulus Bantuan Dalam 5 Minit -MAIK

KOTA BHARU: Tiada karenah birokrasi di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selama ini kerana permohonan zakat mampu diluluskan tidak sampai lima minit, bergantung kepada jenis bantuan diperlukan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zin (gambar) berkata, pihaknya sentiasa efisien dalam memproses setiap permohonan daripada mereka yang memerlukan zakat bagi memastikan hanya yang betul-betul layak menerimanya.

“Tidak wujud masalah birokrasi di majlis ini kerana kami akan segera memproses setiap permohonan. Ada yang mendapat kelulusan segera dalam tempoh tidak sampai lima minit kerana permohonannya lengkap dan kami dapati individu terbabit memang layak.

“Terdapat permohonan yang mengambil masa sehingga tiga bulan kerana ia bergantung kepada jenis bantuan yang dipohon. Jika bantuan untuk membesarkan perniagaan yang sedia ada memang tidak diberikan segera berbanding bantuan untuk kematian yang terus diberikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sebenarnya bantuan yang diberikan mengikut keperluan individu yang memohon kerana pihaknya ingin memastikan hanya golongan asnaf yang layak menerimanya.

Katanya, ini kerana pihaknya menerima laporan terdapat percubaan menipu oleh individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat tetapi ia dapat dikesan.

Kamaruddin berkata, menjadi prosedur biasa setiap permohonan perlu mengisi borang, mendapat pengesahan dan sebagainya, tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan.

Sementara itu, zakat Maik meningkat lebih 56 peratus bagi tempoh Januari hingga semalam sebanyak RM41.6 juta berbanding RM26.6 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat Malaysia, kalau nak mudah dapat bantuan zakat, kena beri PAS atau Kerajaan Kebajikan perintah Malaysia. UMNO dah sakit teruk lama dah.. tak mampu lagi perintah!

Lihat sebelum ini...

5 comments:

Anonymous said...

kata dato' tu btul dah.....msaalah org bwaah2 tu yg wat kje...sje nak main...phtu agp duit zkat tu cm duit die...

Unknown said...

Ada juga jenis manusia busuk hati kita betul niaga ..minta modal tambahan bila orang datang siasat kita xde kt rumah dia buat cerita bukan2 kate kita x niaga kita abaikan anak2 tingal kat orang tua sbb kita kluar bekerja harap siasat betul2 yg mane tugasnya buat siasatan

Ada juga jenis manusia busuk hati kita betul niaga ..minta modal tambahan bila orang datang siasat kita xde kt rumah dia buat cerita bukan2 kate kita x niaga kita abaikan anak2 tingal kat orang tua sbb kita kluar bekerja harap siasat betul2 yg mane tugasnya buat siasatan..kesian suami yang betul berharap nk tangung keluarga..from ..kamsiah b abak r,p,s kuala betis kg limau gua musang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails