CATATAN SANTAI
"AKU masuk PAS kerana ayahku UMNO." Kata seorang lelaki Mohd Ramdzan Rosman (gambar di atas), berumur 48 tahun, menemui ku malam tadi di pejabat PAS Kawasan Tanjong Karang. Dia adalah seorang aktivis PAS yang datang menjadi sukarelawan membantu kerja-kerja Karnival Selangorku.Kata-kata yang membuat ramai terperanjat dan tak faham. "Eh, bagaimana itu?"
Kata Mohd Ramdzan lagi..
"Dulu semasa aku remaja, kira-kira tahun awal 80an, ceramah-ceramah dan penerangan agama agak kurang. Tiada internet, pengajian agama agak tandus. Remaja bagaikan tiada haluan. Ramai yang hanyut. Agama hanya untuk orang tua. Muda-muda enjoy dulu. Seolah-olah tiada hubungan antara cara hidup anak muda yang tak ikut agama dengan akhirat yang terasa amat jauh lagi... Mereka itu adalah termasuk aku...
"Sedangkan ayahku pula adalah UMNO totok dan tulin. Tetapi padaku bukan sahaja tulin tetapi juga 'tuli'. Segala dari UNNO, baginya seolah-olah wajib ditaati. Sedangkan cara hidup pemimpin-pemimpin UMNO jarang nak jumpa yang baik. Aku mula merasai kesesatan yang ayahku lalui ini. Aku mulai cari jalan keluar.
"Aku berkenalan dengan sesorang, Ustaz Abdul Aziz Hamzah.. yang pandai mengajar agama. Aku paling bersetuju dengan cara dan ilmunya. Aku sertai kelas pengajiannya, selalu ikut dia ceramah dan mengajar. Rupanya dia asalnya bukan ustaz, tetapi seorang jurutera. Hebat sungguh padaku. Dia mengambil aku kerja dengannya, walaupun sebagai buruh binaan.
"Aku terus mencari ilmu, namun dia terus memberi dan mencari ilmu juga. Kami ber'usrah' dengan kumpulan Kampung Baru Mujahidin, di Sijangkang. Antara 'naqib'nya dulu ialah Ustaz Mansur Ramli Sidum. Kami terus mengikuti ceramah agama dan politik PAS yang mula tumbuh bertaburan seluruh Maalaysia bagaikan sebuah gunung berapi revolusi mental yang akan meledak dan sedang menggelegak.
"Di situlah mulanya aku melihat 'parti Islam' sebagai parti yang baik, memperjuangkan kebenaran dan mampu membawa kebahagian di dunia hingga akhirat. Bukan seperti gaya hidup ayahku dengan karat biru UMNOnya, walaupun cuba dikikis habis untuk dapatkan sedikit manfaat sisa yang mungkin ada, namun sia-sia. Maka aku pilih PAS, untuk mengisi kekosongan jiwa remajaku.. Dan akan berkorban melaluinya."
"Allahu akbar!!" Tidak disedari, ada yang menyambutnya dengan slogan kalimah takbir itu.
Ibnu Hasyim bersama Jacky Ng sukarelawan PR berbangsa Cina di Tanjong Karang.
Oh, bersama Ibnu Hasyim ini,' seorang mujahidin PAS' Kaharsam Hitam, yang terjun dalam medan jihad perang poster dan sepanduk semalam bersama Mohd Ramadzan..
Begitu, cerita Mohd Ramdzan Rosman, bagaimana beliau masuk PAS. "Jom ustaz! Kita nak pasang poster dan kain rentang malam ini?" Katanya bila kawan-kawan sudah ramai datang untuk sama-sama gotong-royong dan jihad pasang poster dan kain rentang.
Dia masuk PAS kerana sikap ayahnya yang pior UMNO! Kalaulah semua anak-anak UMNO ikut jejak ini, UMNO jadi NO UMmm...
Sekian, Wallahu aklam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tanjung Karang
28 Sept 11.
Juga Karnival Selangorku...
- Malam Bicara Selebriti Artis 3 Okt Anjuran PKM S/B... (1)
- Mel Wings, Di Malam Kesenian Islam, K/S'ngorKu Tg ... (2)
- Akhwan Afandi, Bersama Karnibal Selangorku.. (3)
- Temui Aishah, Datang Ke Malam Bicara Selebriti (4)
- Pelakon Wanita Pertama, Bertudung Litup Di M'sia (5)
- 44 Penerbit, Pamer Buku Di K/ S'ngorku Tg Karang (6)
- Peranan PAS Pada Pembangunan Tanjong Karang. (7)
- Siap, Besok Carnibal Selangorku Bermula. Sila Hadir. (8)
6 comments:
saya dari kg warisan, pasir panjang, sekincan, sokong. tak akan undi apa pun calon BN, lagi-lagi muka Umno. biar calon Cina atau India, asalkan pembangkang saya undi.ini kira isytiharlah...
sy dari taman seri tanjong, tanjong karang pun sama, isytihar.. biar tumbang DUN Sg. Burong n Parlimen Tg.Karang UMNGOK punye tuh ke tangan PR!
Saya pun sama.
PERANG POSTER PUN MUJAHIDIN JUGA KA ???????
WAH HEBAT JUGA FATWA PAS NI, SENANG2 MASUK SYURGA NI KALAU TENGAH PASANG POSTER TIBA2 JATUH
HEBAT HEBAT
Makna fatwa pun tak faham. Ko belajar dimana, pendapat individu dikatakan fatwa.
Bongok..
Ayah saya UMNO..family saya semua UMNO. Saya plak sokong PAS. dan boleh kata aktif, tapi sec sembunyi2. Ada cara tak, nak tarik family saya? saya tak nak ayh saya terus sokong UMNO sampai matii...tolong....
Post a Comment