Sunday, September 04, 2011

Bangunan Masjid Perlu -T/Brosvik (Partai Kristian)

Sogn og Fjordane, 4 Sept 11: Trude Brosvik, pemimpin Partai Kristian Demokrat Norway KrF di Sogn og Fjordane, berpendapat bahawa sebuah bangunan masjid akan memberikan kontribusi positif kepada masyarakat di daerah tersebut.

"Seperti pentingnya gereja bagi orang Kristain, maka penting pula bagi Muslim untuk memiliki sebuah masjid di daerah ini. Sebuah masjid akan menguntungkan, jika kita bermaksud menarik imigran," kata Brosvik kepada akhbar Firda semalam.

Partai FrP di wilayah itu sebelumnya mengumumkan tujuan baru mereka Iaitu meningkatkan jumlah penduduk menjadi 13,000 pada tahun 2020.

"KrF peduli dengan kebebasan beragama dan kami sangat memahami bahAwa orang perlu menjalankan keyakinannya. Oleh kerana itu pada dasarnya kami menyokong agar Muslim memiliki bangunan mereka sendiri untuk berkumpul," jelas Brosvik.

Frank Willy Djupvik Kandidat dari FrP dalam pemilihan setempat kepada Firda mengatakan bahawa Muslim sepatutnya dibolehkan mendirikan masjid di wilayah itu dengan dasar kebebasan beragama (atau disebut juga kerukunan umat beragama). Namun pembangunannya harus sesuai dengan peraturan yang ada dan tidak menggunakan wang pemerintah setempat.
The mosque of The Islamic Association of Bergen (Det Islamske Forbundet i Bergen), like most Norwegian mosques situated in a regular town house

The World's northermost mosque, in a basement in Tromsø.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Frank Willy Djupvik Kandidat dari FrP mengatakan bahawa 'Muslim sepatutnya dibolehkan mendirikan masjid'. Begitu juga, Trude Brosvik, pemimpin Partai Kristian Demokrat Norwey KrF juga berpendapat bahawa 'sebuah bangunan masjid akan memberikan kontribusi positif kepada masyarakat'. Inilah pemikiran hak kebebasan beragama atau kerukunan umat beragama yang perlu diperjuangkan seantero dunia. (IH)

Sila lihat sebelum ini...

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

No comments:

Post a Comment