CATATAN SANTAI
Murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera, Sumba Timur terpaksa menyeberangi sungai tanpa pakaian semasa pergi dan balik dari sekolah. - Agensi
SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu.
Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah.
Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah.
Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah.
Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam. Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa.
Di tebing sungai, beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya.
"Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang.
"Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak," kata Erlin Konda Nguna, 23.
Ibu muda itu berkata, murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku.
"Memang ada sampan di sini, tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa," katanya. - Agensi
Hal ini berlaku di Sumbawa Timur masa ini. Murid sekolah dan anak-anak gadis terpaksa mengharungi sungai berbogel kerana hendak menuntut ilmu. Bukan lagi takut kepada 'buaya darat', bahkan buaya sungai lebih berbahaya.
Teringat saya kapada cerita ustaz kawan saya semasa berkempen PAS di awal kemerdekaan dulu. Mereka berceramah di seluruh pelusuk kampung, terpaksa mengharungi sungai-sungai seperti di atas. Jalan-jaan raya atau jambatan, waktu itu kurang.
Pada suatu malam lepas isyak agak lewat, mereka sampai di sebuah rumah tempat ceramah. Orang ramai sudah menunggu, cuaca buruk, jalan sudah ditutupi banjir. Tetapi rombongan mereka sampai juga untuk berceramah dan memberi ilmu. Orang ramai tidak menyangka bahawa mereka boleh sampai. Tiada sampan angkutan masa itu. Bukan itu sahaja bahkan mereka terkejut melihat pakaian-pakaian rombongan penceramah tidak seorang pun yang basah atau kuyup.
"Barangkali rombongan ustaz ini mempunyai 'ilmu hebat' boleh berjalan di atas permukaan air agaknya." Ada dari mereka yang terlintas berfikir begitu.
Aku tanya ustaz kawanku itu, "Ilmu magik apa yang kamu pakai, melintasi sungai sehingga pakaian kamu tidak basah?"
"Kami londeh semua pakaian dalam gelap itu, menjunjung pakaian supaya tidak basah, mengharungi sungai bertelanjang bulat... Sampai seberang baru baru pakai balik pakaian itu." Katanya.
Rupanya sama ilmu anak-anak Sumbawa itu dengan ulama-ulam pendakwah dan penyampai ilmu agama kita masa itu.
"Bagaimana sambutan orang kampung terhadap PAS pada masa itu?" Aku tanya lagi.
"Oh.. susah. Pernah ana berceramah di sebuah surau di selatan tanah air." Katanya. "Imam surau itu berkata, bukan saya tidak mahu sokong parti Islam (PAS), tetapi kami lihat.. ketua PAS cawangan di sini kerjanya tembak babi! Ertinya hasil pendapatanya dari sumber kerja-kerja haram."
"Ooo. Apa kau jawab?" aku tanya.
"Ana kata, orang tembak babi yang dianggap jahil itupun sokong PAS, anta yang berilmu tinggi dan imam pula tidak mahu sokong parti Islam? Di mana bukti amalnya ilmu kamu itu? Masya Allah!"
Sekian.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
KL 11 Sept 11
2 comments:
pandai awak buat cerita mitos dongeng bagai tak basah baju, bau kubur wangi orang yg dikata syahid dulu, , adesss takyah bawa cerita lawak zaman it ni...
pandai awak buat cerita mitos dongeng bagai tak basah baju, bau kubur wangi orang yg dikata syahid dulu, , adesss takyah bawa cerita lawak zaman it ni...
Post a Comment