PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya. sumber : metro
Berita dari Ntv7 :
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila sebut negara kebajikan, sudah tentu termasuk hal ehwal kebajikan haiwan. Kerana, mereka semuanya adalah makhluk Allah sepertimana firman-Nya:
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ
وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.
Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang memberi perhatian khusus kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Hadis-hadis tersebut menjanjikan ganjaran besar kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan dan ancaman berat bagi sesiapa yang meremehkannya.
Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda:
بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا
فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]Pada satu ketika Rasulullah SAW melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:
اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.
Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW memberi amaran:
دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]Menjaga kebajikan haiwan tidak sekadar pada masa hidup mereka, tetapi juga pada saat kita akan menyembelih mereka. Sudah menjadi salah satu daripada adab menyembelih untuk menggunakan pisau yang tajam agar haiwan tersebut dapat melaluinya dengan mudah. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ. فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ
وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ.
Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa. [Shahih Muslim – no: 1955]Berdasarkan pesanan Rasulullah: “Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu”, para sahabat dan umat Islam generasi awal sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan haiwan. Ini kerana ia termasuk dalam keumuman sifat ihsan yang bermaksud kebaikan yang melebihi kebiasaan. Sayang sekali kewajipan bersifat ihsan ini jarang-jarang diperhatikan oleh umat Islam masa kini dalam pelbagai sudut kehidupan mereka, termasuklah dalam kes hal ehwal kebajikan haiwan.
Syaikh Nashr al-Din al-Albani rahimahullah menegaskan hakikat ini setelah mengemukakan beberapa hadis tentang kebajikan haiwan:
Inilah sebahagian daripada riwayat yang sempat aku temui sehingga sekarang. Ia menunjukkan perhatian besar yang diberikan oleh umat Islam generasi awal hasil bimbingan Nabi SAW tentang penjagaan haiwan. Pada hakikatnya (apa yang saya kemukakan) hanyalah setitik daripada lautan yang luas. Ini semua menjelaskan bahawa Islamlah yang sebenarnya menggariskan asas penjagaan haiwan kepada manusia. Ini berbeza dengan sangkaan sebahagian orang yang jahil terhadap Islam bahawa kononnya asas penjagaan haiwan berasal daripada orang kafir. Yang benar ia adalah adab yang diambil guna daripada generasi umat Islam yang awal…… [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 1995), jld. 1, ms. 69]
Begitulah Islam amat mengambil berat kepada binatang. Bahkan ada hadis menyebut seorang perempuan masuk neraka kerana menyiksa seekor kucing, dan seorang lagi masuk syurga kerana menolong seeokr anjing, walaupun dia seorang pelacur..
Itulah antara konsep Negara Kebajikan yang menjadi teras perjuangan Islam. Wallahu 'aklam.
No comments:
Post a Comment