Dengan perkembangan itu, Helle Thorning-Schmidt dari Demokrat Sosial akan menjadi perdana menteri - wanita pertama memegang jawatan itu selepas Rasmussen mengaku kalah. Thorning-Schmidt meletakkan platform untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai ke atas golongan kaya dan rancangan untuk memastikan rakyatnya bekerja lebih 12 minit setiap hari.
Kumpulannya berhujah bahawa bekerja lebih sejam setiap minggu akan mendorong pertumbuhan ekonomi. Sayap kanan ‘Blue bloc’ berada dalam kuasa sejak 10 tahun lalu di Denmark, yang mana seperti negara-negara lain, berhadapan dengan kemerosotan ekonomi paling buruk sejak Perang Dunia Kedua.
“Esok (hari), saya akan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Ratu,” kata Rasmussen menerusi TV2 News.
“Tiada asas untuk kekal terus dalam kerajaan,” katanya lagi.
Parti Thorning-Schmidt akan mempunyai majoriti lima tempat dalam Parlimen yang menyediakan 179 kerusi. — Reuters
2 comments:
Pilihanraya yang aman dan tenteram di Denmark
http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/2011/09/hari-raya-vs-pilihan-raya-di-denmark.html
Di Malaysia ekonomi perlahan pun masih mahu lagi pegang tampuk pemerintah.. Sabo aje la
Post a Comment