Wednesday, September 14, 2011

Di Sini, Britian, Zaman Moden Pun Ada Hamba


SEBUAH penempatan gipsi di Greenacre, Britain yang diserbu polis kelmarin bagi membebaskan 24 orang yang dijadikan hamba.

LONDON, Britain: Polis Britain menyelamatkan 24 buruh paksa dengan memberkas empat lelaki dan seorang wanita dalam satu serbuan kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Sindiket perhambaan manusia itu terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah kem perkhemahan karavan di Greenacre di sini yang dihuni etnik gipsi iaitu kaum yang tidak tinggal tetap tetapi menggembara ke seluruh Eropah.

Sekitar 200 anggota polis yang menyerbu lokasi tersebut menemui 24 lelaki terbabit yang dikurung seperti haiwan dalam beberapa karavan kotor, kandang anjing yang penuh dengan najis dan kotak besar. Semua mangsa itu yang kepala mereka dibotakkan, diumpan ke lokasi tersebut dengan dijanjikan pekerjaan tetap dan masa depan yang lebih cerah.

Namun, selepas tiba di lokasi itu, mereka dikurung dan dipaksa melakukan pelbagai kerja berat termasuk membersihkan timbunan konkrit oleh pihak ketiga yang mengupah sindiket berkenaan. Sindiket tersebut mengenakan bayaran lebih murah berbanding mengupah kontraktor untuk melakukan kerja-kerja berat itu.

"Lelaki-lelaki di kem tersebut berada dalam keadaan daif dengan mereka dikurung di tempat yang kotor dan sempit," kata Ketua Inspektor, Sean O'Neil yang mengetuai serbuan itu.

Menurutnya, sesiapa yang ingkar atau cuba melawan akan dipukul dan dibiarkan kebuluran. Jelas pegawai polis berkenaan, seorang lelaki didapati dijadikan hamba zaman moden di tempat itu selama 15 tahun manakala seorang lagi ditemui dengan pakaiannya mengandungi najis anjing

Polis menyerbu lokasi tersebut selepas melakukan pemerhatian selama beberapa bulan berpandukan maklumat daripada beberapa buruh paksa yang berjaya melarikan diri.Ekoran penangkapan kelima-lima suspek berkenaan, polis percaya pihaknya telah dapat mematahkan kegiatan sindiket perhambaan manusia yang berasal dari Ireland. - Agensihamba.

No comments:

Post a Comment