HALAMAN HIBURAN
TEHERAN: Iran mengharamkan program televisyen yang menunjukkan gambar lelaki dan wanita separuh bogel dan kisah cinta tiga segi dalam satu tindakan ke atas media di negara Islam itu. Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan pengharaman itu. Iran TV, stesen monopoli negara itu, menyiarkan banyak rancangan keagamaan dan pengumuman kerajaan.
Sejak beberapa tahun lalu, rakyat Iran begitu meminati rancangan drama siri tempatan berjudul “Forbidden Fruit” yang mengisahkan mengenai seorang lelaki tua yang meninggalkan isterinya kerana jatuh cinta dengan seorang gadis muda.
Menurut agensi berita Fars, “Berdasarkan arahan terbaru ini, siaran rancangan cerita cinta tiga segi akan diharamkan.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dari berita ini, bukan tidak dapat dipastikan tetapi sudah dapat dipastikan, bahawa Iran mengharamkan program televisyennya..
- Menunjukkan gambar lelaki dan wanita separuh bogel yang memberi kesan buruk kepada awam termasuk remaja dan kanak-kanak.
- Kisah cinta tiga segi dan yang sama dengannya, melalai, merosak dan memesongkan pemikiran remaja dan pelajar dari taat kepada Allah SWT dan membangunkan negara.
- Untuk menyiarkan banyak rancangan keagamaan, pengumuman kerajaan terutama dalam membangunkan meterial dan spiritual masyarakat.
1 comment:
Di Malaysia, TV telah menjadi alat komersial untuk mengaut keuntungan dan tidak lagi menjadi alat untuk mendidik dan membangunkan masyarakat. Programnya lebih kepada hiburan murahan yang melekakan masyarakat dengan jumlah tajaan bernilai jutaan ringgit. Program pendidikan jika adapun seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Dasar penyiaran negara di lihat lebih kepada memenuhi kehendak penaja.
Post a Comment