KL, 25 Sept 11: Menurut seorang pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa yang membenarkan keadaan itu
Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar kanan) berkata Putrajaya perlu membantu dengan memansuh Akta Mahkamah Syariah yang “mengikat tangan Mahkamah Syariah.”
“Pusat juga perlu membantu dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan.
“Selain itu, pusat juga perlu membantu dengan membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Sementara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin (gambar kanan) dikatakan menggesa agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud. Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami menyambut kenyataan Khairy tersebut yang mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno. Sehingga Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dikatakan menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang keseluruhannya mahu agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud.
Pendapat seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau. Walaupun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, ramai berharap agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan. Serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya.
Melihat kenyataan Prof Aziz sebelum ini, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa, kerana hal itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam. Begitu juga DAP dan Karpal Singh.
Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.
Kesimpulannya cadangan hudud Kelantan itu boleh dilaksanakan dalam kerangka yang sedia ada, kalau pandangan pakar perlembagaan Prof Aziz dan UMNO Khairi Jamaludin digunapakai. Masalah hukum hudud sudah tiada masalah lagi. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Hudud: Gantung Sampai Mati Lebih Kejam -N/ Aziz
- Hudud: DAP Gesa Mesyuarat PR.. Boleh Selesai
- Hudud: N/Aziz Minta Pendapat B/Islam. Apa Kata DAP...
- K/Pusat Tetap Akan Sekat Hudud -Najib Razak
- Hudud Boleh Dilaksanakan. Penumbuk N/Aziz Tepat
- Rela DAP Keluar PAKATAN Jika Tolak Hudud -N/Aziz
- Kenyataan TPM Jelas UMNO Tolak Hudud
- Hukum Hudud Peru Diganti ISA -Balasubramaniam.
- Dr Asri Akui Kejujuran Nik Aziz Laksana Hudud
- Hudud: 'Pi Tanya Najib...' Dr M Lucu -Nik Aziz
- Hudud Perlu Ijtihad & Tafsiran Baru -Dr Asri
- N/Aziz Harap Puak Tolak Hudud Dapat Dibetulkan
3 comments:
kalau dia orang islam tulen pasti sokong hudud, yang tolak tu lu pikir lah sendiri
Islam adalah jalan yg lurus, org yg kata di malaysia tak sesuai dgn hujjah yg di kemukakan sbnr tlh menyimpang dr jln yg lurus, skg kita nak tunduk pd perintah ALLAH atau nak menjaga hati org yg tak faham apa itu agama islam. Masa tak akan menunggu kita. Ayuh apa tggu lg. Hati kita sapa nak jaga asyik dok jaga hati org....MAt
hudud mamang hukum islam dan semua orang islam menerima baik .masalahnya hudud yang konon diperjuangkan oleh PAS itu banyak kepalsuan dan penipuan.tidak ada keikhlasan dan banyak pembohongan.jangan terpedaya gurindam pas.banyak rekaan sahaja.ini semua politik saja hanya guna agama untuk jadi wakil rakyat.perjuangkan hudud tidak semesti jadi wakil rakyat.ini semua perjuangan polotik dendam.tak da mana le ini banyak membodoh2kan orong islam aja.orang bawahan ingat betul2 la tapi hanya nak sedap aja.kena sergah karpal sing saja dah tak berani cakap hal hudud jadi pendayus agama.macam lawan bola negeri lawan negeri.wah bukan main hebat lagi.sepak bola kena. hanta bola bawa bola pun kena aja.tapi bila lawan negara lain kaku bodoh.bola tak dapat la.bawa bola kandas la macam2 la sakit hati.macam pas lawan umno oh bukan main lagi.tak cukup hadis putar belit maksud ayat quraan pulak lagi.tapi kalau kena dengan peguam sing tu kenapa bongok habis.kata orang lain atau umno ke bukan main lagi.mana pergi peguam2 yang jaguh pergi la jumpa karpal singh tu yang dah ta kuat mana pun tenaganya itu pun tak berani.buat malu bangsa dan agama sahaja.dah jangan la nak berlagak nak perjuangkan islam.aku tak percaya.lebih baik berdakwah cara ikhlas.tolong orang miskin dan bantu golongan yang baru nak jinak2 nak berniaga tu. sebab tu zaman akhir2 zaman ini umah lari dari ulamak atau orang pandai ugama bukan kerana umah dah sesat tapi kerana banda2 macam ini lah.bertaubat la.jangan hina agama ini kelak semua kita akan di dakwa.
Post a Comment