Monday, September 05, 2011

Hamba Lacur Saman Lelaki Lacurkannya..

JETSADOPHORN CHALADONE

SYDNEY - Seorang wanita Thailand yang pernah menjadi hamba seks semasa dia berumur 13 tahun, Jetsadophorn Chaladone berhasrat untuk menyaman seorang lelaki Sydney yang bertanggungjawab melacurkannya di rumah pelacuran miliknya pada 1995, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia diseludup untuk bekerja di sebuah rumah pelacuran dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lebih 100 lelaki. Selepas 10 hari, dia ditangkap dalam satu serbuan pihak imigresen dan diusir pulang.

Kini dengan bantuan bekas detektif polis Australia, Chris Payne dan seorang pembikin filem, Luigi Acquisto, wanita tersebut merancang untuk menyaman pengendali rumah pelacuran tersebut. - Agensi

3 comments:

Anonymous said...

bagi membanteras pelacuran dimalaysia,apa kata kita beri kata semangat kepada semua pelacur tanpa mengira bangsa serta agama untok menyaman bapak ayam/ibu ayam mereka.pertimbangkan juga menyaman jabatan kerajaan yang sewajibnya memberi perlindongan kepada mereka.bunyinya pelik diluar kotak logika akan tetapi adakah hukum allah swt sesuatu diluar pengetahuanya?

Ahmad Irfan said...

Betoi juga

Ahmad Irfan said...

Betoi juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails