Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng: Tak Sepatutnya Jadi Isu P/PAS

HALAMAN HIBURAN


hantu bonceng the movieJOM kita ihat polemik sebuah filem bernama 'Hantu Bonceng'.

Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam", yang diterbitkan untuk tontonan umum. Contohnya filem di atas arahan sutradara terkenal Ahmad Idham. F Menurut Ketua Pemudanya, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak itu, mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

"Terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," kata Ketua Pemudanya Nasrud Tantawi.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan. Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Ia mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk menepis gangguan itu sehingga tanpa disedari Amran mula berubah menjadi lebih baik. Dalam kenyataannya semalam, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam, dan turut merosakkan akidah masyarakat awam.

Tetapi menurut seorang Ustaz muda melalui blognya ':: @ AL-BAKISTANI @ :: DI MANA SALAHNYA UNGKAPAN ZIZAN DARI HANTU BONCENG ITU? Katanya..

"First time tengok pon aku dah perasan lain macam.. .bila ulang banyak2 kali baru jelas apa yang dimaksudkan... kalau nak buat lawak sekalipun ...

"Dalam filem hantu bonceng. Dikatakan ada unsur menghina Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menyuruh aku mendengar dan melihat sendiri. tetapi, pada malam ini baru ada kesempatan untuk melihat.."
Lihat video ini dulu..
"Dari klip video yang dikepilkan, padaku, dialog tersebut adalah seperti berikut;
'Wa Asyhadu Anna Muhammad.......... Syaitan !!!!'
Bukan seperti berikut;
'Wa Asyhadu Anna Muhammad Syaitan.'

Menurut ustaz ini lagi,

"Kalau kita perhatikan, ia sebenarnya mempunyai dua ayat. Ayat pertama adalah, "Wa Asyhadu Anna Muhammad...... " iaitu ayat yang tidak sempurna.. atau dalam pengajian ilmu balaghah, ia disebut kalam naqis, iaitu kalam yang ada kalimah mahzuf. Kalam naqis ini, perlu ditaqdirkan kalam sahaja. Iaitu, jika dilihat pada ayat ini, hanya perlu ditambah "Rasulullah".

"Kalam Naqis ini, ia boleh berlaku dalam penulisan dan perkataan. tetapi, dalam perkataan adalah yang kerap berlaku. Ini kerana, dalam perkataan ini sering kali berlaku keguguran kalimah, dengan berfaktorkan banyak faktor; seperti terlalu cepat bercakap.

"Adapun ayat kedua adalah "Syaitan !!!".. Dalam pengajian balaghah, ia boleh diistilahkan sebagai kalam Iijaz hazf (ringkasan yang dibuang. dalam ilmu Balaghah, Kalam Iijaz ini ada dua, iaitu Iijaz Hazf dan Iijaz Qasr). Ia seperti seseorang yang melihat harimau dalam keadaan takut, lalu dia hanya menyebut "harimau!!!", walhal yang dikehendaki oleh orang yang takut itu adalah, "seekor harimau telah datang kepadaku". Jelas beliau.

Kesimpulan menurutnya,

"Jeritan Zizan dari filem Hantu Bonceng itu sebenarnya mengandungi dua ayat, atau dalam istilah pengajian nahu disebut sebagai dua jumlah, iaitu:
  • 1- "asyhadu Anna Muhammad....." dan
  • 2- "Syaitan...!!!!".
Jadi, ia tidak sepatutnya menjadi isu. Namun begitu, sepatutnya bagi pihak pengarah filem, perlu juga berhati-hati dalam perkara ini, agar tidak terjadi seperti yang sedang dibisingkan pada hari ini.." Sekian diangkat dari AL-BAKISTANI.
(IH)

1 comment:

iLLusiOnEr said...

Patutnya pengarah kena suruh Zizan tersasul jadi
'wa asyhadu ANA Muhammad.......... Syaitan'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails