Friday, September 16, 2011

K'tan: Tembak 400 B/Api Sambut Merdeka & Mansuh ISA?

Bukan.. Ini bukan tembakan bunga api sambut merdeka di Kelantan & sambut pemansuhan ISA. Gambar ini hanya hiasan sahaja.

KOTA BHARU, 16 Sept 11: Bolehkah tembakan 400 das bunga api pada tengah malam 17 September ini yang menjadi acara kemuncak sambulan Bulan Kemerdekaan di sini, ditambah dengan sempena kegembiraan rakyat menyambut pemansuhan Akta ISA & Buang Negeri 1959 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi?

Program anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur itu, akan diadakan di perkarangan Menara Tambatan DiRaja Kota Bharu.

Acara itu sebenarnya memeriahkan sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan hari ini di seluruh negara. Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Anis Hussein berkata, lokasi Menara Tambatan DiRaja dipilih memandangkan kedudukannya strategik sebagai destinasi pelancongan di Kota Bharu.

“Menara tersebut dibina sebagai mercu tanda pelancongan baru bakal dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api,” katanya pada sidang media di MPKB-BRI sebelum ini.

Acara sambutan Hari Malaysia peringkat negeri akan diadakan di padang Majlis Daerah Machang pagi ini. Tahun lepas diadakan di padang Majlis Daerah Tanah Merah. Tanggal 16 September dijadikan cuti umum mulai tahun lepas. Idea cuti umum itu pernah dicetus Pakatan Rakyat.

Mohd Anis berkata, pelbagai program menarik turut diadakan termasuk persembahan apresiasi seni merdeka, dikir barat bersama Jen Endoro dan deklamasi sajak pelbagai kaum. Manakala pada sebelah pagi bermulai 8 pagi diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Menara Tambatan DiRaja setinggi enam tingkat dengan ketinggian 47 meter siap dibina pada 15 Februari lalu. Ia terletak di pinggir Sungai Kelantan berhampiran Masjid Muhammadi Kota Bharu. Menara tinjau terletak di tingkat paling atas. Selain itu terdapat sebuah jam besar.

”Sejak dibuka seminggu lalu hampir 40 penungjung datang termasuk pelancong termasuk dari Jerman,” kata Mohd Anis.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Tidak salah kan menyambut kegembiraan rakyat terhadap pemansuhan Akta ISA & Buang Negeri 1959 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi? Mungkin pengisytiharan itu sebagai tanda PM mulai prihatin kepada kebangkitan rakyat, dan beliau sudah sedar kejatuhan BN makin dekat. Al-hamdulillah!! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails