Tuesday, September 06, 2011

Lagi, Aktor Ditahan Kerana Dadah, Siapa?


HALAMAN HIBURAN

Pengarah: Jurey Latiff Rosli Penulis Skrip: Adza Irdawati Adenan

KL: Hari ini myMetro melaporkan, seorang pelakon pembantu berusia 32 tahun yang membintangi puluhan drama dan beberapa telemovie ditahan polis di sebuah kelab malam di Jinjang, di sini.

Penahanan dilakukan selepas ujian air kencing mendapati dia dan tiga rakannya termasuk seorang wanita positif dadah, kelmarin. Antara drama dibintanginya ialah siri seram, Nek Nak arahan Jurey Latiff Rosli siaran Astro Ria yang turut menampilkan pelakon veteran, Wan Maimunah dan Mimi Rahzia.

Selain itu, pelakon terbabit yang lebih dikenali dengan penampilan imej ganas pernah berganding dengan aktor terkenal seperti Ady Putra, Beego dan Norman Hakim menerusi telemovie Tetamu Malam (TV2) dan Rambut (TV1).

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu, semua suspek dibawa ke balai polis selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan positif.

Menurut sumber polis, serbuan dilakukan di premis hiburan itu pemeriksaan rutin yang biasa pihak berkuasa dalam membanteras penggunaan dadah di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, pelakon terbabit dan beberapa rakannya cuba melarikan diri, namun gagal selepas premis berkenaan dikepung.

“Keempat-empat mereka diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif,” katanya.

Sumber berkata, pelakon terbabit dan tiga rakannya dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut. "Semua mereka direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Siapakah aktor itu? Tunggu, akan tahu juga.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails