Sunday, September 04, 2011

Mogadishu: Rakyat M'sia Terkorban, UMNO Bangang

BEBERAPA orang menaiki sebuah van untuk kembali ke kawasan perumahan di Bakara, Mogadishu pada Khamis lalu selepas para pemberontak kumpulan Al-Shebab berundur dari bandar ini.

Mogadishu antara bandar paling bahaya

MOGADISHU – Bandar Mogadishu di Somalia dianggap antara yang paling tidak selamat di dunia kerana kejadian tembakan curi yang dilepaskan oleh beberapa kumpulan militia yang saling bermusuhan kerap berlaku.

Kejadian tembakan curi itu berlaku selepas kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan Al-Qaesa, Al-Shebab melarikan diri dari bandar ini. Kumpulan tersebut melarikan diri pada bulan lalu dari Mogadishu selepas kalah dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Somalia yang diiktiraf masyarakat antarabangsa termasuk Kesatuan Afrika (AU).

Namun, kumpulan itu memberi amaran akan melakukan serangan gerila di bandar ini seperti serangan bom kereta dan pembunuhan. Walaupun kerajaan sementara Somalia kini menguasai sepenuhnya Mogadishu buat kali pertama selepas Perang Saudara berlaku pada 1991, para pemberontak masih mengawal bahagian selatan dan tengah Somalia yang kini dilanda masalah kebuluran.

Di bandar ini, kehidupan berlangsung seperti biasa dengan jalan-jalan raya sibuk dengan bas mini, orang ramai duduk minum teh di deretan rumah manakala penjaja menjual buah-buahan segar. Pasukan pemantau media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menyenaraikan Somalia sebagai negara paling banyak kematian buat kakitangan media.

Seramai 23 kakitangan media mati sejak 2007. Jumlah itu tidak termasuk mangsa terbaharu iaitu kakitangan Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang mati ditembak manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, cedera di Mogadishu kelmarin. Tembakan itu dilepaskan oleh kumpulan penyerang yang tidak dikenali.

Dalam kejadian itu, seorang pegawai keselamatan dengan tentera kerajaan yang disokong AU, Abdukarim Ali berkata, kakitangan media itu menaiki sebuah kenderaan dalam konvoi yang disertai bersama beberapa lelaki militia swasta yang kerap diupah oleh rakyat asing untuk melindungi ancaman penculikan di bandar ini.

“Lelaki-lelaki itu (kakitangan Bernama TV dan jurukamera TV3) ditembak dengan peluru semasa mereka berada di dalam kereta,” kata Abdukarim. – Agensi

Sila lihat komen ini... (Mogadishu: Kenapa Rakyat Malaysia Diserang?)

Anonymous Anonymous said...

Bangang punya UMNO yang di ketuai olih Azeez nak berlagak jadi hero dan akibat nya hilang nyawa, isteri hilang suami dan anak kehilangan bapa. Hanya orang gila yang berani masuk ke Somalia tanpa persiapan keselamatan! Ini lah bangang dan hipokrit UMNO! Siapa yang membenarkan perjalanan ini.

Siapa yang memperuntukan kewangan dalam perjalanan ini dan atas dasar apa dan apa kedudukan kementerian Luar Malaysia atas isu ini? Apakah pandangan dari mereka yang pakar dengan situasi di Somalia tidak di ambil kira? Kenapa orang awam bukan pihak tentera yang menjalankan misi ini?

Penyiasatan terperinci mesti di buat dan lagak dan sikap orang seperti Azeez ini tidak diperlukan dalam Malaysia. Misi ini menggunakan peruntukan dari mana? Wahai Rakyat Malaysia sedar lah kerana kalau mengikut langkah UMNO maka ini lah akibat nya.

Takziah kepada keluarga allahyarham dan ALFATIHAH.

September 4, 2011 1:00 AM

No comments:

Post a Comment