Tuesday, September 27, 2011

Nik Aziz Kesaorangan Perjuangkan Hudud?

KOTA BHARU, 27 Sept 11: Mungkin ada yang merasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesaorangan dalam memperjuangkan undang-undang syariah atau hudud kali ini tetapi sebenarnya tidak. Sekurang-kurangnya 561,047 orang sentiasa mengikuti beliau dalam bentuk fan dalam Facebook Menteri Besar Kelantan itu.

Dan yang menariknya, dalam satu posting mengenai hudud yang dibuat dalam facebooknya, beliau menerima 4,536 komen untuk posting itu sahaja. 9,146 pula menyatakan 'like' (suka) kepada posting itu manakala 3,054 orang pula membuat 'share' (kongsi) posting itu dalam facebook mereka.

Posting itu berbunyi:

KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA HARI INI: Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??

Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO Melayu/Islam.. wahai para ulama dan ulama muda UMNO... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam?

Kebanyakan komen yang diberikan adalah menyokong penyataan beliau itu dan bersetuju bahawa Utusan telah menghina perundangan Islam.

Dalam posting berikutnya, Nik Aziz menulis, beliau jarang membaca Utusan Malaysia.

"Bagi saya ia lebih kepada surat pekeliling Umno. Pagi ini saya ditunjukkan lakaran kartun yg disiarkan semalam, memperlekehkan kalimah hudud.

"Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya katakan, padanlah dengan tahap pemikiran sidang pengarang Utusan Malaysia...," katanya.

Posting ini sehingga berita ini ditulis telah diberikan komen sebanyak 367 kali dan dishare oleh 134 orang. (IH

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

3 comments:

Anonymous said...

memang nik aziz keserongan perjuangkan hudud sebab hj hadi perjuangkan negara kebajikan, mat sabu pula perjuangkan komunis. mana husam dan mahfuz?

Anonymous said...

janganlah memutarbelitkan fakta nik aziz,mat sabu,tgha,husam,mahfuz berserta yang lain gigih berjuang untok rakyat negara berkebajikkan.islam tu kebajikkan.mereka tidak berseorangan lawan tetap kami lawan.

Anonymous said...

Anonymous 7.06PM,

Tidakkah anda tahu dalam sebuah negara Islam, salah satu elemen yang paling fundemental ialah kebajikan. Dalam kebajikan termasuklah keadilan. Mahukah anda sebuah negara Islam yang tidak mempunyai ciri2 ini?. Dan tidakkah ciri-ciri adalah garis penting sebuah negara Islam. Tanpanya 'Negara Islam' akan tinggal slogan yang tidak bermaya.

Mengenai Mat Sabu perjuangkan ideologi communism, tahukah anda ideologi tersebut secara mendalam. Sepanjang perjuangan Mat Sabu , Islam adalah yang diperjuangkan yang sangat bertentangan dengan communism. Adakah Mat Sabu menyokong Mat Indera sebagai perjuang untuk membebaskan negara ini dari British adakah ianya bermaksud Mat Sabu mengatakan Mat Indera adalah komunis. Sila nyatakan apa bukti yang konkrit mengatakan Mat Sabu memperjuangkan communism.

Saudara bertanya mana Husam Musa dan Mahfuz. Mereka tak berdiam diri dalam mempertahankan hudud dan turut menerangkan kepada rakyat tentang silap faham terhadap Mat Sabu yang dikatakan pejuang komunis.Mungkin saudara hanya merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian yang menyelewengkan fakta mengenai kenyataan Mat Mat Sabu. Cubalah mencari kebenaran ditempat lain atau bertanya kepada Professor sejarah yang tidak 'bias'.

Maaf, kalau saya terkasar bahasa.

Cucu cicit Bani Adam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails