Monday, September 19, 2011

PM Hadiri Konsert: Inilah Tarbiah Unt Remaja Islam M'sia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke konsert Suara Kami di Stadium Merdeka, Sabtu. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL/The Star.

HALAMAN HIBURAN

KL: Seramai 6000 penonton Konsert Suara Kami di Stadium Merdeka telah diberikan kejutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta menyaksikan konsert tersebut, di sini, malam Sabtu.

Ketibaan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke atas pentas konsert anjuran stesen televisyen berbayar, Astro itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang terdiri daripada golongan muda itu.

Kata Najib, kehadirannya ke konsert itu dapat dimanfaatkan dengan mengenali para remaja yang jarang didekatinya itu dengan lebih dekat.

"Saya mahu menyertai generasi baru kita dan kenal mereka dengan lebih dekat,"ucap beliau yang hadir pada separuh masa konsert tersebut dijalankan. Selepas ucapan ringkas itu, Najib turut merakamkan beberapa gambar para penonton untuk dimuatkan dalam akaun laman Twitter miliknya. Kehadiran Najib pada konsert itu selepas menerima undangan khas daripada pengacara popular negara, Aznil Nawawi, menerusi Twitter.

Suara Kami yang menampilkan penyanyi tempatan dan antarabangsa itu diadakan bersempena dengan ulang tahun Astro yang ke-15 dan sambutan Hari Malaysia.

Antara barisan penyanyi tempatan yang membuat persembahan pada konsert tersebut ialah kumpulan Hujan, Yuna, Pop Shuvit, Azlan And The Typewriter, Faizal Tahir, Stacy, Soul Krazy, Ruffneckz dan Psycho Unit. Manakala penyanyi antarabangsa yang turut serta pula ialah Naresh Iyer dan Chinmayi (India), Hins Cheung (Hong Kong), Rania (Korea Selatan) dan Nelly.

Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama penyanyi pujaan masing-masing. Ternyata gabungan penyanyi-penyanyi tempatan dan antarabangsa telah menggamatkan suasana konsert tersebut.






Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM hadiri konsep Suara Kami. Lihat gambar di atas, beginilah corak tarbiah yang dibawa oleh UMNO tunjang BN untuk generasi muda Malaysia. Sesuaikah dengan akhlak Islam? Lihat aurat dan campur 'jantan betina'nya. Ulama-ulama upahan UMNO sila jelaskan atau dakwahkan kepada bos poitiknya kamu!! (IH)

Lihat program ini pula..
Aishah
Sham Kamkaze

'KARNIVAL SELANGORKU'
mempersembahkan
'Malam Bicara Selebriti'
di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang
pada 3 Oktober 2011.
Orang ramai dijemput hadir.

1 comment:

Anonymous said...

Nelly saja dibayar RM1.3 JUTA oleh kerajaan Malaysia.-sumber dalaman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails