Tuesday, September 20, 2011

PRU 13, Sebelum Hari Natal -Subky Latif


Oleh Subky Latif

DIPERCAYAI Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan sebelum Hari Natal 25 Disember akan datang. Tanda-tanda pilihan raya sudah hampir berdasarkan perlantikan pengurus pilihan raya bagi Parlimen sudah pun dibuat.

Sudah ada pegawai pengurus pilihan raya itu telah menerima perlantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya. Seorang daripadanya memberitahu saya, dia sudah menerima perlantikan itu. Dia tidak diberitahu bila pilihan raya itu akan diadakan kerana tarikhnya tidak dinyatakan, tetapi dia menunggu arahan bila latihan persiapan akan diadakan.

Dengan maklumat itu dapat diduga bahawa pilihan raya sudah hampir. Ia adalah tanda awal selepas jenteri pilihan raya BN sudah selesai mengadakan pilihan raya olok-olok dan Perdana Menteri sudah pun menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan persiapan jentera pilihan raya partinya.

Apa pun ia tidak mungkin diadakan sebelum bulan Disember, pertama disebabkan latihan bagi pegawai pengurus dan lain-lain kaki tangan bagi peti undi belum bermula. Ia tidak mungkin dibuat sebelum Oktober kerana menjelang Oktober rombongan haji ke Mekah mula berangkat.

Tidak ada kemungkinan pilihan raya itu akan diadakan dalam musim haji kerana Suruhanjaya Pilihan Raya pernah ada pengalaman mengadakannya dalam musim haji dalam tahun 1980an dulu. Ada calon dari Wanita UMNO Pulau Pinang yang sudah berada di Tanah Suci terpaksa balik kerana bertanding. Ia satu kesalahan bagi ibadat haji bagi jamaah yang sudah berada di Mekah kembali ke tanahair sebelum mengerjakan haji.

Tindakan kerajaan bersetuju mengadakan pilihan raya dalam musim haji itu adalah perampas hak pengundi yang mengerjakan haji dari melakukan tanggungjawab menentukan wakil dan kerajaan yang hendak dipilihnya. Beribu-ribu jamaah haji telah hilang peluang mengundi dan mereka hanya mengikut perkembangannya dari jauh.

Jamaah yang malang itu adalah pengundi bagi calon PAS dan BN khususnya UMNO. Mereka saja yang menunaikan haji. Ia tidak menjejaskan pengundi DAP dan lain-lain pengundi BN bukan Islam. Tindakan itu merugi pengundi Islam saja. Jelaslah tindakan itu bersifat merampas hak orang Islam.

Menjelang pilihan raya itu saya pernah menulis rencana menyeru umat Islam yang bercadang untuk menunaikan haji tahun itu membatalkan hasratnya ke Mekah kerana mengundi itu lebih aula. Ia hanya berlaku empat atau lima tahun sekali dan rakyat wajib mengutamakan pengundi kerana ia menentukan kerajaan yang hendak ditegakkan. Adapun haji ada setiap tahun.

Mursyidul Am PAS sekarang, ketika itu belum menjadi Menteri Besar Kelantan telah menyokong saranan rencana saya itu. UMNO tidak dapat memberi jawapan atas kecaman pembangkang atas kejadian itu. Dipercaya UMNO yang membelenggu SPR tidak mahu kejadian itu berulang. Jamaah haji hanya selsai pulang menjelang hujung bulan November. Maka selepas itu barulah pillihan raya itu akan diadakan.

Apapun ia tidak mungkin adakan hujung bulan itu kerana ia sedang dalam musim peperiksaan. Beberapa peperiksaan sekolah menengah belum selesai. Pillihan raya tidak mungkin diadakan sebelum selesai peperiksaan kerana ia melibatkan guru-guru sebagai pengendali hari mengundi dan sekolah sebagai tempat tempat mengundi.

Masalah yang besar dalam bulan Disember selalunya ia adalah musim hujan di pantai timur. Ia boleh menyukarkan jika musim hujan itu diikuti oleh banjir. Tetapi banjir sekarang tidak lagi semestinya hujung tahun saja dan tidak saja di pantai timur. Ia boleh berlaku di mana-mana saja dan bila-bila masa.

Bagi hujung tahun ini tiada lagi masa yang lebih baik selain dari bulan Disember, dan ia mestilah sebelum hari Krismas. Jika tidak diadakan waktu itu, maka ia terpaksa memikirkan tahun 2012 pula. (IH)

Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails