Wednesday, September 14, 2011

Pusat Beli-belah Terbesar Eropah Dibuka


LAKARAN artis ruang dalam pusat beli-belah Westfield Sratfort City, London.

LONDON - Ribuan orang berhimpun di pintu masuk pusat beli-belah Westfield Stratfort City semalam yang menempatkan 300 kedai, 70 bar dan restoran. Mereka menunggu untuk menjadi kumpulan pertama memasuki pusat tersebut.

Pusat itu merupakan yang terbesar di Eropah yang terletak di antara stesen bas dan tren bawah tanah Sratfort dengan Taman Olimpik di timur London. Pembukaan pusat itu menyediakan 18,000 peluang pekerjaan untuk komuniti di timur London.

Pusat itu dikendalikan oleh Kumpulan Westfield yang mempunyai 124 pusat beli-belah di Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Seornag jurucakap pusat itu menyatakan bangunan pusat beli-belah tersebut menggunakan cahaya semula jadi dan penggunaan tenaga yang lebih efisen. - Agensi

2 comments:

  1. Jangan sampai berita ini diketahui Anak Badak...... nanti jet peribadi Mat Monggol akan segera dilihat di sana. Siaplah! Sekurang-kurangnya 7 kontena pula kasut dan beg tangan akan dibawa pulang ke 1Malaya nanti. Pak Cik dan Mak Cik Felda akan kata..... tak kan bini PM 1Malaya nak buat macam tu kot? Ini semua fitnah pembangkang.

    ReplyDelete
  2. bukan 7 kontena bang,10 kontena...

    ReplyDelete