Friday, September 23, 2011

Sabah Jual 3 Pulau Kepada Orang Luar?

KERAJAAN Sabah akan melindungi kepentingannya dalam cadangan menjual tiga buah pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri Datuk Osman Jamal berkata kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan iaitu Mengalum, Pandanan dan Montukod; tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milik persendirian.

"Bagaimanapun pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya anjuran Bahagian Akhbar dan Penerbitan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Innoprise di sini, Rabu.

Osman diminta mengulas iklan yang dikatakan untuk menjual pulau-pulau tersebut menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.

Osman berkata pulau Mengalum dimiliki sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara hak milik CL. Katanya, kedua-dua pulau Montukod dan Pandanan adalah milik individu persendirian. (BERNAMA)

Sementara itu, Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa. NONEMenurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman. Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian. (IH)

1 comment:

fabdul said...

Assalamualikum soudara ku
hmm pulau sipadan mempunyai kenangan tersendiri bagi ku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails