KOTA BHARU 18 Sept 11: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.
Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.
“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.
“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.
Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya.
Kenyataan Nik Aziz itu sebagai mengulas laporan Yayasan Aids Malaysia yang merumuskan Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita sokong Tok Guru Nik Aziz tuntut perlaksanaan hukum hudud. Kalau dulu PM UMNO Mahathir halang, kita tengok pula PM UMNO Najib sekarang, bagaimana? Salahkah orang Islam hendak lakssanakan hukum agama sendiri di negara sendiri, terutamanya Kelantan?
Yang jelas penghalang laksanakan undang-ndang Islam di negara orang Islam rupanya UMNO! Bukan MCA, MIC, atau DAP. PM Najib masih nak teruskan jadi penjenayah perosak Islam di negara sendiri? Na a'uzubillahi minzalik. Kalau begitu mampuslah UMNO!! (IH)
No comments:
Post a Comment