Monday, September 12, 2011

Tak Dijajah, Mengapa Pakai Undang L/Ried? -Jofri Jaraiee.


Inilah wajah Lord Reid . Pendikar Yahudi yang mengasaskan perlembagaan dan sistem pilihanraya di Malaysia . Sampai menteri-menteri, tok-tok Imam dan tok Mufti pun terpedaya . Maka rakyat biasa pun percaya undi adalah lambang demokrasi.
MIRI, 12 Sept 11: “Kalau benar Tanah Melayu tidak dijajah, sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan Tanah Melayu,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Katanya, sedangkan Suruhanjaya Reid yang merupakan sebuah suruhanjaya bebas berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya itu dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Ahli Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord William Reid (pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

“Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Melayu mesti dibincang di Parlimen British dan tidak diputus sendiri oleh kerajaan Tanah Melayu pada masa tersebut?” tanya Jofri dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kalau negara bebas daripada penjajah, sudah tentu merangka perlembagaan sendiri tanpa perlu campur tangan atau kelulusan dari negara luar.

“Mengapa Tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai perlembagaan Suruhanjaya Reid?

“Mengapa tidak dihapus sama sekali perlembagaan Reid dan kita rangka dan gunakan perlembagaan yang sesuai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan menurut syariah?” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Sedangkan, katanya semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar, tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.

“Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau benar tanah Melayu tidak dijajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan perlembagaan sendiri dan tidak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita,” ujarnya.

Jadi, katanya pemimpin Umno kena bersedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan. (IH)

2 comments:

  1. Kawan, dalam gambar itu sebenarnya bukan Lord William Reid yang merangka perlembagaan malaysia, tetapi Harry Reid, Senator AS. Jaga-jaga kawan.

    http://www.google.com.my/imgres?sa=X&biw=1920&bih=978&tbm=isch&tbnid=HBo7NQH-SQlu2M%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Ftammybruce.com%2F2010%2F02%2Fso-in-november-harry-reid-is-going-to-beat-up-his-wife.html&docid=OLT89ebuVod1KM&imgurl=http%3A%2F%2Ftammybruce.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2010%2F02%2FHarry-Reid.jpg&w=362&h=286&ei=UM_QUtG7IIejiAfLs4DIBQ&zoom=1&ved=0CF4QhBwwBQ&iact=rc&dur=2402&page=1&start=0&ndsp=38

    ReplyDelete
  2. Harry reid dgn lord reid pun dah tak kenal ke anymouos Google kan ada tak sama pun

    ReplyDelete