Friday, September 09, 2011

Teruknya K/BN, Milik Gambar Bogel Dihukum Penjara..

Kesalahan sama, orang ini tidak dipejara...

Juruwang miliki gambar bogel dihukum penjara

KL 7 Sept 11: Akibat memiliki gambar dan video bogel serta mengugut mahu menyiarkan gambar wanita yang dikenali melalui laman sosial Facebooknya, seorang juruwang kafe Internet terpaksa meringkuk di penjara selama 11 bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Sukri Kassim, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut. Bagi kesalahan memiliki video dan gambar bogel, lelaki itu dihukum penjara 11 bulan dan denda RM1,500 manakala kesalahan melakukan ugutan untuk menyiarkan gambar tersebut, dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM1,000.

Abdullah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak dan sekiranya tertuduh gagal membayar keseluruhan denda, dia akan dihukum penjara selama 12 bulan lagi. Muhamad Sukri yang berada dalam kandang tertuduh hanya mampu menundukkan kepalanya ketika mendengar hukuman itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menetap di Shah Alam didakwa mengugut untuk menyiarkan gambar mangsa berusia 21 tahun itu sekiranya wanita itu tidak mengikut arahannya. Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan rumah mangsa di Keramat, di sini pada pukul 2.30 petang, 15 Jun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyimpan gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit jenis Sony Ericsson miliknya, di Blok 30, Bangunan Flat PKNS, Jalan Plumbum 7/97, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor di sini pada pukul 4.30 petang, keesokan harinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Gambar bogel itu dipercayai dihantar oleh mangsa menerusi telefon bimbitnya kepada telefon bimbit tertuduh. Terdahulu, Muhamad Sukri yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan kerana ibu dan bapanya menghidap penyakit serius termasuk sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

"Saya sudah insaf Yang Arif, saya memohon diberikan peluang," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Hussin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat kerana perbuatannya adalah jenayah serius yang membabitkan kehormatan wanita.

Katanya, sekiranya gambar-gambar itu berjaya disebarkan di Internet ia akan mendedahkan keaiban wanita itu kepada masyarakat. -Sumber Utusan Online

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi kesalahan memiliki video dan gambar bogel, lelaki itu dihukum penjara 11 bulan dan denda RM1,500. Itu kepada seorang juruwang di kalangan rakyat. Tetapi kalau kepada bekas pemimpim-pemimpin UMNO yang mendedahkan filem bogel, bahkan mencipta skandal kepada orang tertentu (Ketua Pembangkang), mereka bebas dari dipenjara. Bahkan mereka diagung-agungkan oleh penjilat-penjilat BN.

Begituah teruk dan hinanya kerajaan pimpinan BN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails