Friday, September 02, 2011

Turki Bermaruah, Usir Duta Israel Isu Mavi Marmara


Erdogan PM Turki yang bermaruh.

ANKARA, 2 Sept 11: Turki adalah negara bermaruah, apabila Ankara mengusir duta Israel dan diplomat-diplomat kanan negara itu selain menggantung perjanjian ketenteraan hari ini.

Hal ini dilakukan ekoran pendedahan satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa rejim Yahudi telah menggunakan kekerasan tidak munasabah ke atas misi kemanusiaan ke Gaza pada Mei 2010, yang menyebabkan kematian sembilan warga Turki.

Ekoran keengganan Israel memenuhi tuntutan permohonan maaf, membayar pampasan bagi keluarga mangsa yang terbunuh dan menamatkan sekatan ke atas rakyat Palestin di Gaza, Turki mengumumkan ia menurunkan taraf hubungan dengan rejim Yahudi.

“Hubungan diplomatik Turkei-Israel dikurangkan ke tahap setiausaha kedua,” kata Menteri Luar Ahmet Davutoglu di sini hari ini.

Dalam insiden tahun lalu, kapal milik Turki Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh. Seramai 12 orang sukarelawan merupakan rakyat Malaysia dan mereka selamat.

Ahmet berkata kesemua kakitangan lebih tinggi daripada setiausaha kedua akan dihantar balik menjelang Rabu ini. Reaksi Turki ke atas laporan yang ditunggu lama, yang turut mengisytiharkan sekatan tentera laut di Gaza juga tidak sah, memburukkan hubungan Ankara-Israel. Duta Israel Gabby Levy kini berada di negaranya dan membatalkan rancangan untuk kembali ke Turki semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara umat Islam perlu pemimpin negara saperti Turki yang ada sekarang, bermaruah, berani dan menunjukan daya kepimpinan yang tinggi di peringkat global. A-hamdulillah! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails