Monday, September 05, 2011

Turki: Maruah Lebih Berharga Dari Pampasan. M'sia?


Tel Aviv 5 Sept 11: Zionis Israel menawarkan akan membayar satu juta dolar sebagai pampasan kepada setiap syuhada Mavi Marmara Turki. Namun Turki tetap saja terus mendesak Zionis Israel untuk meminta maaf secara resmi, dan tidak cukup hanya dengan membayar pampasan sahaja.

Akhbar Zionis Israel Yediot Aharonot melaporkan bahawa Zionis juga menunjukkan kesediaannya untuk melipatgandakan pampasan, sebagai ganti dari minta-maafnya. Di sisi lain, akhbar Haaretz melaporkan ada tanda-tanda ketegangan baru antara Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman.

Akhbar tersebut menyebutkan, berlaku ketegangan tersebut disebabkan Netanyahu lebih cenderung untuk minta-maaf kepada Turki, sedangkan Lieberman menentang keras untuk mohon maaf.

Turki telah memberikan kesempatan kepada Zionis Israel untuk meminta maaf secara resmi segera setelah pengusiran Duta Besar Israel di Turki. Turki juga telah mengumumkan beberapa langkah untuk menghadapi arogansi Zionis Israel.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas kepada ketegasan Turki. Maruah lebih berharga dari nilai wang ringgit. Bukan macam sesetengah negara umat Islam, mengambil Yahudi/Israel/Amerika sebagai penasihat. Mengambil penasihat Zionis APCO, dan bayar wang pula. Bukan sahaja perosak Islam bahkan perompak harta negara umat Islam. Na a'uzubillahi min zalik.. namun itu yang terjadi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails