Saturday, September 03, 2011

Zina Terang-terang, Pihak Berwajiib Tak Tahu Ke?

MASALAH...meskipun kerap kali diserbu namun operasi pusat urut ‘maksiat’ sukar dibendung.

KL 3 Sept 11: Tahniah kepada wartawan Metroplus yang menyamar sebagai pelanggan di beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang. Mereka mendapati di sesetengah lokasi, khidmat urutan batin dan khidmat seks disediakan tanpa berselindung lagi. Kebanyakan tukang urutnya yang terdiri daripada wanita warga asing berusia awal 20-an.

Selain menawarkan urutan, kebiasaannya mereka turut menawarkan khidmat sampingan kepada pelanggan termasuk khidmat seks.

Menurut mereka, "Dalam kunjungan pertama di sebuah rumah urut di Kepong, seorang tukang urut dari Thailand berusia 25 tahun melayan kami dan bayaran yang dikenakan di antara RM50 dan RM90 sejam bergantung kepada khidmat diberikan. "

Berikut temu bual wartawan bersama gadis urut itu dikenali sebagai Ling Ling yang mampu berbahasa Melayu:

Wartawan: Sudah lama kerja di sini?

Ling Ling: Baru dua setengah tahun.

Wartawan: Berapa gaji tauke bayar? Dia tu orang Malaysia ke Thailand?

Ling Ling: Tak mahal bang...Ada la, tapi bergantung pada pelanggan la. Bos saya orang Malaysia, tapi dia pandai cakap Thai.

Wartawan: Baguslah, selain urut tak de apa-apa ke...?

Ling Ling: Jangan macam tu bang... Saya tau bang punya maksud. Kalau mau tambah lagi RM50, tapi tak boleh *** Pegang-pegang saja boleh la.

Dalam perbualan dengan pengurus pusat urut itu yang berusia lewat 60-an, dia memberitahu menggaji enam wanita dari Thailand dan mereka pakar dalam urutan Thai.

“Mereka ada permit dan tak ada orang kacau kerana kami ada lesen sah. Malah, ramai yang datang ke sini untuk pulihkan badan mereka.

“You (awak) juga boleh datang bila-bila masa termasuk hari minggu kerana kita buka jam 11 pagi dan tutup jam 12 tengah malam,” katanya yang turut mendakwa premisnya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam penyamaran ke sebuah pusat urut di Damansara Perdana pula, seorang tukang urut wanita Thailand berusia 26 tahun dikenali sebagai Ren berkata, di Bangkok, Thailand dia bekerja tujuh hari seminggu. Menurutnya, upah urut biasa cuma RM40 tapi jika mahu melakukan hubungan seks, bayaran dikenakan ialah RM180.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hairan mengapa pihak-pihak bertanggung jawab lain tidak dapat mengesannya seperti pihak polis, imigresen, jabatan agama dan lain-lain. Mereka tidak sehebat wartawan Metroplus ini? (IH)

Lihat sebelum ini...

2 comments:

  1. Salam Tuan.
    Jika rasuah telah jadi budaya inilah yang terjadi. Sebab itu kita kena perangi rasuah. Jangan beri dan terima rasuah. Sama-sama haram tapi ada mereka peduli itu semua?

    ReplyDelete
  2. Bapak menteri dan pegawai atasan semuanya ada saham kongsi..
    Apamacam?
    Tak dapat nak buat mende?
    kwn2 penguatkuasa dan bro polis pun terpaksa ikut kate bos dia org yg ada syer tu..
    tuggu la tsunami ke..gempa bumi ke..
    baru bley settle masalah ni..

    popoi.

    ReplyDelete