Thursday, October 27, 2011

Bakar Bashir, Pendakwah Hadapi Hukuman Zalim.

Hukuman Abu Bakar Bashir dikurangkan




JAKARTA - Sebuah mahkamah di sini mengurangkan hukuman penjara ke atas seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) yang didapati bersalah membiayai sebuah kumpulan pengganas, kata seorang jurucakapnya, Ahmad Sobari semalam.

Menurutnya, hakim telah mengurangkan hukuman penjara itu daripada 15 tahun kepada sembilan tahun.

Menurut laman berita Detikcom, hakim tersebut membuat keputusan berkenaan pada 20 Oktober lalu.

Dia yang berusia 73 tahun dipenjarakan kerana membiayai sebuah kumpulan pengganas yang merancang melakukan serangan terhadap penduduk dan pemimpin Barat di Indonesia. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah.. Pendakwah dan guru agama Islam, dihukum dengan undang-undang bukan Islam. Jelas, memang jauh dari keadilan sebenarnya.. Bahkan suatu kezaliman yang wajib ditentang.

Sebelum ini..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib

Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

No comments:

Post a Comment