Tuesday, October 11, 2011

Cara Baru Guna Facebook Cari Jodoh -W/Ubaidah



KOTA BHARU, 11 Okt 11:
Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah’ menggunakan laman sosial facebook sebagai cara baru untuk menggalakkan penyertaan kaum lelaki yang sebelum ini kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) berkata, kaedah mengisi borang cara konvensional kurang mendapat sambutan menyebabkan berlaku masaalah kekurangan calon lelaki.

“Mungkin kaedah lama itu membuatkan golongan lelaki begitu malas sebab kena pergi ambil borang, isi borang kemudian hantar.

“Akibatnya hanya calon wanita sahaja mengisi borang, sedangkan calon lelaki kurang mengambil perhatian,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) kali ke-6 di Balai Islam, di sini. Katanya, memandangkan zaman kini segalanya telah berubah kepada internet, ada baiknya ‘mencari jodoh’ juga digunakan dengan kaedah berkenaan. Namun, tambahnya pihak penganjur perlu memantau dan setiap para ahli yang telah bertemu pasangan mereka perlu dilaporkan pada pihak penganjur terlebih dahulu.

Maklumat calon dirahsia

Tegasnya, ia tidak bermakna penganjur akan mengambil mudah mengenai hak rahsia peribadi calon dan akan membuat tapisan ketat bagi memastikan hanya yang layak dan serius sahaja diberi perhatian. Sambungnya, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk mengelak sesuatu perkara yang tidak diingin berlaku memandangkan laman social ini mudah terdedah pada keburukan selain kebaikkan.

“Semoga usaha murni ini tidak disalah ertikan serta mendapat hasil yang baik,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, beberapa ahli telah bertemu jodoh masing-masing sejak ianya ditubuhkan 2007 lalu dan ianya akan diaktifkan semula untuk mencapai hasrat tersebut. Mahligai Sakinah yang diwujudkan kerajaan negeri sejak 2007, mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padan.

Salih Yaakpb & isteri-isterinya.

Sebelum itu, beliau melalui Kerajaan Negeri Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri. Pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui oleh isteri dan anggota keluarga yang lain.

"Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaakob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu. (IH)

1 comment: