KL, 4 Okt 11: Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa tiada
sebarang pembelian ke atas cincin berharga USD24 juta yang didakwa
dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Dalam
jawapan bertulis terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk perkara itu kepada
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mengesahkan pembelian itu
tidak berlaku.
"SPRM hanya menjalankan siasatan bagi kesalahan
rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan sepertimana dalam
peruntukan Akta SPRM 2009.
"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM
telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa
tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. Setelah beberapa hari
cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin
berkenaan," katanya.
Dalam soalan sebelum itu, Lim Lip Eng
meminta perdana menteri menyatakan status siasatan PDRM, SPRM dan SKMM
berkenaan dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai USD24 juta. Isu
pembelian cincin itu sebelum ini didedahkan Pengerusi Solidariti Anak
Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Rosmah
membeli cincin berlian dari saudagar permata Jacob and Co di Amerika
Syarikat yang berharga RM24.45 juta
Beliau juga mendakwa terdapat
bukti jelas kemasukan berlian berkenaan yang didapati menerusi rekod
Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia. Rosmah bagaimanapun
menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai fitnah dan tidak mahu
melayan dakwaan tersebut, selepas dua minggu isu itu ditimbulkan. Perkara itu juga telah dilaporkan kepada SPRM pada 13 Julai lalu. (Harakah)
Sebelum ini...
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
No comments:
Post a Comment