Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, majlis itu berkata pihaknya berharap semua pihak akan menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan meskipun ada pihak menyokong hukum Islam itu.
“Pelaksanaan hukum hudud memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan akan memberi kesan ke atas hak asasi bukan Muslim, yang sedia terjamin di bawah Perlembagaan.
“Fabrik perundangan perlembagaan tidak seharusnya diganggu,” kata enam pemimpin majlis itu dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kenyataan itu ditandatangani oleh presidennya Daozhang Tan Hoe Chieow, timbalannya Sardar Jagir Singh, tiga naib presiden Venerable Sing Kan, Rev Dr Thomas Philips dan Mohan Shan, setiausaha agung Prematilaka KD Serisena.
Isu hukum hudud yang menjadi perhatian sejak dua dekad lalu muncul semula bulan lalu. Justeru Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan ke atas Muslim dan mahu diberikan peluang melaksanakannya di negeri Pantai Timur itu.
Kelantan terus melahirkan hasrat mahu melaksanakan hukum tersebut ketika banyak pihak memberikan pandangan yang berbelah bahagi sama ada negeri itu mempunyai hak untuk menguatkuasakan perundangan Islam ini. Kelantan telah pun meluluskan enakmen berkaitan pada 1993 dan begitu juga di Terengganu pada 2002 semasa diperintah oleh PAS.
Majlis itu juga berpendapat bahawa disebabkan majoriti rakyat sebuah negeri - Kelantan - memihak kepada hudud dan oleh itu rakyat keseluruhan negara seharusnya menerima perubahan tersebut, adalah satu tanggapan yang mengelirukan.
“Perlembagaan tidak boleh dibuang disebabkan oleh pandangan popular,” kata beliau.
Malah menurut majlis itu, hak fundamental yang dijamin dalam perlembagaan tidak boleh diubah oleh majoriti rakyat.
“Setiap warganegara seharusnya diberi hak untuk mencabar bagi mempertahankan hak mereka,” kata beliau lagi.
Majlis itu menambah, langkah mengubah sifat fundamental perlembagaan hanya disebabkan kehendak majorit juga satu keadaan yang bahaya. Oleh itu menurut majlis tersebut, kesemua agama seharusnya menghormati sensitiviti dan hak agama komuniti lain, dan cuba untuk hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
“Sebarang perubahan mesti dilakukan mengikut perlembagaan, bukannya bertentangan dengan perlembagaan,” kata majlis. (The Malaysian Insider)Lihat video sebelum ini..
Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet
Sebelum ini...E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
3 comments:
Sudah terang lg tersuluh..Kalimah Kufur sudah bermaharajalela..
X sedar satu rukun iman ciptaan manusia telah dianuti sejak sekian lama iaitu beriman kpd perlembagaan negara..kahkahkah..
semua org kena main dgn Dajjal..
kahkahkah..
Masalah ini timbul bila UMNO sendiri menentang hukum Islam dan mencanangkan Islam versi Melayu. Akibatnya yang kafir naik lemak dan mencabar stauts Islam dalam perlembagaan sendiri. Jika Islam adalah agama rasmi Malaysia maka sewajarnya perundangan Islam sebahagian dari perlembagaan Malaysia.
Mana mungkin Agama rasmi adalah Islam tetapi hukum Islam tidak dilaksanakan. Yang pelik UMNO sebagai parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam sendiri menyokong pertubuhan pelbagai agama yang tidak mempunyai agenda lain selain mahu memusnahkan amalan Islam secara senyap.
Punca semuanya adalah Falsafah yg digunakan dlm sistem pendidikan telah memberi kesan jangka panjang..
Lu org akan merasa kabur dgn pendapat gua..xper nanti gua terangkan..
Falsafah pendidikan yg kita semua semua pelajari sebenarnya lbh kpd Doktrin Humanism iaitu semata-mata berfokuskan kpd perkembangan potensi manusia...
Ada x terselit perkataan Tauhid dlm matlamat perlaksanaan Falsafah pendidikan yg lu tahu selama ini?
X der kan!!!
Inilah Motif sebenar Doktrin Humanism..
Masih x jelas lg?
Ok..
Mcm neh..
Berdasarkan Falsafah Humanism,utk mencapai matlamat perkembangan manusia,beberapa modul pemikiran telah dipraktis utk menjayakan objektif falsafah ini..
Berbagai eksperimen dan ujian dijalankan utk membangkitkan kesedaran terhadap potensi diri melalui pemerhatian,ujian berkala,latih tubi,tata cara memproses maklumat utk menghadamkan tabiat berfikir dan bertindak terhadap persekitaran dgn cara Falsafah Humanism..
Potensi2 ini dpt dipecahkan kpd 12 kecerdasan yg dipanggil kecerdasan pelbagai..
Semua kecerdasan ini berfokuskan kpd Linguistik, Logik Matematik,Sains,Seni/Muzik,Psikomotor dll..
Elemen berfikir secara Kritis dan Kreatif dimasukkan kononnya supaya pelajar dpt memproses maklumat supaya maklumat itu dpt disaring dan diasingkan mengikut kecerdasan2 diatas..
Hasilnya nanti akan dpt melahirkan pemikiran yg kritis dlm menilai dlm menentukan sikap diri terhadap nilai2 persekitarannya..
Mcm best ya kan!!!!!
Hehehe..Nanti..
Tgk sisi Gelapnya pulak,jgn tgk yg bestnya sahaja..
Sisi gelapnya adalah apabila pemikiran ini bertembung dgn Kod2 Moral dlm keluarga,Masyarakat,budaya dan Agama..
Apabila manusia sudah boleh menentukan sikap sendiri berdasarkan tabiat pemikiran yg mementingkan potensi induvidu,mereka akan menilai sesuatu hanya semata-mata berdasarkan kepentingan2nya sahaja(Needs/deeds)
Perkara2 yg melibatkan kod moral keluarga,budaya dan Agama akan dianggap suatu kongkongan dan hanya semata-mata Dogma dan bukan lg anutan..
maka Ayat2 Allah s.w.t spt "kami dgr dan kami taat" akan tersisih akibat tabiat berfikir secara kritis terhadap persekitaran krn mereka sudah memilih utk menentukan sikap mereka kesan dari tabiat berfikir yg mereka hadam sedari sekolah lg..
Sbb itu skrg ini berlaku bermacam-macam masalah x kira apa peringkat umur sekalipun sebab tabiat ini sudah berakar dlm masyarakat..
Mereka kritis terhadap guru,ibu bapa, org lbh tua dan sesiapa dan apa sahaja yg mereka anggap mengongkong Kemahuan dan keperluan mereka..
Sbb itu mereka kini sudah hilang adab krn mereka bertindak berdasarkan tabiat berfikir yg sebegitu..
Maka lahirlah kelompok masyarakat yg lbh mementingkan pendapat sendiri krn ego mereka berada ditahap tinggi dan mereka tidak lg menimbang akibat dari tindakan mereka sbb tindakan2 mereka adalah utk memenuhi tabiat berfikir mengikut Model Humanism itu..
Itulah matlamat sebenar Falsafah Humanism...
Kita konon nk maju,maka kita ambil model2 yg kita anggap berkelas masyarakat dunia pertama lalu bermacam-macam program dianjur dimana-mana sahaja organisasi sedangkan kita tidak nampak Racun yg menanti dihadapan kita..
Mayarakat kelas dunia pertama di Eropah sudah kita tahu tidak lg percaya kpd agama dan mereka lbh mementingkan hak manusia berbanding Hak2 Tuhan..
Bila kita org2 Timur memakai Model pemikiran dari Barat,maka pertembungan nilai pasti akan berlaku dan membawa kesan yg cukup parah terhadap aspek moral dlm budaya dan Agama..
Sbb itu perlembagaan tulisan manusia itu lbh dipandang tinggi berbanding Ayat2 Allah krn tabiat berfikir manusia sudah di mindsetkan oleh Falsafah Humanism ini..
Inilah yg dikatakan oleh Rasulullah s.a.w bahawa apabila kita menghampiri Dajjal kita akan menyangka dia itu adalah mukmin..
So inilah yg kita semua sebenarnya sedang hadapi...
Inilah Kecelaruan Terancang yg sebenarnya telah diatur sejak beratus tahun lg oleh pelaksana2 Dajjal utk mengeliru dan menyesatkan manusia..
Sebab itu kini semuanya kelihatan semakin celaru dan tidak lg berada pd landasan yg sepatutnya..
Post a Comment