KL: Jangan boikot, kurangkan beli. Tindakan memboikot pembelian ayam bukan penyelesaian terbaik dalam isu kenaikan harga ayam sebaliknya persatuan pengguna mencadangkan agar pengguna mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam. Begitu kaa sebuah media tempatan.
"Jika kita makan ayam lima kali seminggu kita kurangkan tiga kali itu sudah cukup... susah jika kita tidak mahu makan terus sebab ayam antara makanan utama kita rakyat Malaysia," kata Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau berkata, jika pengguna dapat mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam, permintaan terhadap ayam dalam pasaran akan berkurangan seterusnya dapat menurunkan harga ayam.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, tindakan memboikot pembelian dan pemakanan ayam akan menjejaskan peniaga kecil ayam di negara ini.
"Peniaga kecil ini beli ayam bayar tunai kepada penternak, bila boikot peniaga kecil ini terbeban dengan stok yang banyak. Peniaga besar tidak terjejas sangat kerana mereka ada cara simpan stok ayam untuk tempoh lama," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah naik muak cerita fasal harga ayam. Sebuah kerajaan kononnya hebat, nak kawal harga ayam pun tak mampu? Yang mampu, hanya pengampu-penganpunya mengampu. Buktinya, sila baca artikel-artikel di bawah ini. Porrah!
- Tok Sah Jadi Kerajaan Kalau Tak Boleh Kawal Harga Ayam
- Tahniah Kosmo! Bongkar Lagi Harga Ayam!
- Politik Ayam: Ayam, Bermacam Ayam!Awas,
- Ayam Tak Sembeleh Berlogo Halal Di TESCO..
- Kawal Harga Ayam: Menteri Tak Pandai Tadbir Negara.
- Kawal Harga Ayam, Otak Menteri Macam Otak Ayam?
- Makan Ayam KFC Lemah Tenaga Batin, Botak Kepala, Jadi ...
- Ayam Pakai Baju Di Sibu, Sambut Pilihan Raya?
- Harga Ayam, Lagi Bukti Menteri BN Tak Pandai Tadbir .
IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
No comments:
Post a Comment