Monday, October 17, 2011

JAKIM Anjur Karnival Hiburan Contoh, Tapi Tak Wajib Ikut..

HALAMAN HIBURAN
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan karnival hiburan bagi memberi contoh kepada penganjur mengenai tatacara yang harus dipatuhi ketika menganjurkan karnival sedemikian.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata menerusi karnival terbabit, Jakim akan menyebarkan maklumat mengenai garis panduan yang wajar dipatuhi penganjur.

“Ia merupakan garis panduan sahaja dan bukannya wajib diikuti, tetapi melalui karnival tersebut Jakim akan memberi nasihat dan panduan yang sewajarnya diikuti oleh semua yang terlibat di dalam penganjuran karnival hiburan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Karnival Best

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Buku ‘Koleksi Doa Imam Masjid Negara’ terbitan Masjid Negara dan Karnival Best (Buat Elok Saja Tau).

Katanya karnival hiburan yang bakal dianjur Jakim itu menyamai Karnival Best tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari di Laman 1Malaysia, Putrajaya, bermula 28 Oktober ini.

“Kami akan menunjukkan bagaimana seharusnya penganjur karnival hiburan membuat karnival hiburan. Tidak salah untuk menganjurkannya namun haruslah dengan cara yang sesuai dan sewajarnya,” katanya.

-Bernama

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

1 comment:

Halal Carnival said...

Jom ramai-ramai gi Karnival BEST! Memang BEST! Kalo nak tahu lebih info - macam mana nak ke sana? start pukul berapa? Apa aktiviti sepanjang karnival? Artis mana yang ada? Sila layari: http://www.daganghalal.com/HalalEvents/KarnivalBEST.aspx

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails