Kota Bharu 16 Okt 11: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.
"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.
"Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Beliau yang juga naib presiden PKR berpendapat, ahli parlimen wajib diberikan salinan buku laporan itu supaya mereka dapat menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah BN yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi negeri ditadbir Pakatan Rakyat.
14 parlimen Kelantan perlu menang
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelnatan Datuk Husam Musa (gambar) pula menyeru semua pihak khususnya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak hilang ‘fokus’ dalam perjuangan menuju Putrajaya.
Katanya, 14 kerusi parlimen di Kelantan mesti dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan peluang ke Putrajaya lebih cerah sekaligus dapat memastikan hak royalti Kelantan diberikan kepada kerajaan negeri.
"Dan Pakatan Rakyat mesti berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan didominasi Umno BN mesti membayar royalti kepada Kelantan.
"Kita juga menuntut supaya royalti itu dinaikkan daripada lima peratus keapda 20 peratus, ini kerana mejoriti negeri pengeluar minyak adalah miskin seperti Sawarak, Trengganu dan Kelantan," katanya.
Mengulas langkah pihak tertentu membawa mendftarkan warga asing sebagai pengundi, beliau menyeru semua pihak berdoa agar mereka mengundi Pakatan Rakyat.
"Kita nak buang dah tak boleh dah kerana BN memang dah ‘masukkan, Parti Umno pun sudah ditukar kepada 'United Myanmar and Nepal Organisation'," dakwanya, berseloroh sinis.
"Berdoa kepada Allah swt agar mereka boleh mengundi Pakatan Rakyat, sekali pun yang ‘mendaftar’ itu adalah Umno BN," tambahnya.
Mengulas lanjut beliau berkata, terbaru di Kota Bharu sendiri 65 orang pendatang dikesan didaftarkan sebagai pemilih di Pasir Pekan.
"Kita mesti ada dua strategi, strategi pertama membantah, kedua mesti kenal pasti orang itu dan kita kena kempen memberi kesedaran kepada mereka," katanya.
Sementara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad-gambar) mendakwa sistem demokrasi negara khususnya pilihan raya masih lagi kotor dan perlu dibersihkan. Beliau merujuk isu sama, iaitu tindakan pihak tertentu yang sanggup menggadaikan maruah negara dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.
"Bagi saya, itu (daftar warga asing) harus dibatalkan, sebab kalau kita biarkan, kita memulakan budaya baru di mana untuk mengalahkan lawan, kita ambil siapa saja yang kita boleh mudahkan mereka untuk menjadi warganegara.
"Itu saya fikir demokrasi yang tidak bersih. Jadi harus dibersihkan itu dahulu," katanya. (IH)
Lihat video sebelum ini..
No comments:
Post a Comment