Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Ahmad Baihaki Atiqullah berkata pertandingan itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia termasuk anak Kelantan menggunakan kreativiti masing-masing bagi menggambarkan suasana pemerintahan yang diasaskan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Pertandingan bermula sekarang dan tarikh tutupnya pada 3 November 2011, manakala majlis penganugerahan kepada pemenang disempurnakan Menteri Besar dijangka diadakan pada 19 November 2011,” katanya yang juga Pengarah Program.
Mengulas lanjut, Ahmad Baihaki berkata pertandingan itu keseluruhannya berkaitan dengan ‘Kelantan’.
“Kita mengharapkan penyertaan dari semua kaum.
“Kita tidak mahu satu bangsa (Melayu saja) yang menyertai pertandingan, bahkan penyertaan semua kaum asalkan mereka mampu ‘menggambarkan Kelantan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh.
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media khas sempena pelancaran pertandingan itu di sebuah restoran di sini semalam. Menurutnya, borang penyertaan boleh didownload di laman web kelantankreatif.com dan di facebook.com/Kelantan kreatif.
Beberapa tema ditetapkan termasuklah Membangun Bersama Islam, Kelantan Menerajui Perubahan, Kelantan Negeri Berkebajikan, Anak Muda Kelantan Bermaruah dan Spirit Of New Generation Revolution.
Bagi kategori Fotografi, tempat pertama RM700 berserta iPad dan hadiah iringan. Tempat kedua, RM500, ketiga RM400 dan 10 saguhati (10 orang) RM100 setiap peserta. Kategori Klip Video, tempat pertama RM1,000 berserta iPad dan hadiah iringan, tempat kedua RM800, ketiga RM500 dan lima saguhati (lima orang) RM200 setiap peserta.
Bagi hadiah kategori Poster Kreatif pula, tempat pertama RM500 berserta iPad dan hadiah iringan. Tempat kedua RM400, ketiga RM300 dan 10 saguhati (10 orang) RM100 setiap peserta. (IH)
Lihat video sebelum ini..
Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet
Selanjutnya..
No comments:
Post a Comment