SUKAN
GAMBAR di atas adalah sekumpulan anak-anak muda di China yang membentuk kumpulan berbasikal mempromosi pengangkutan harian alternatf dan gaya hidup sihat. Kerna ini, aktiviti berbasikal merupakan fenomena sukan terbaharu di Chin, meskipun sebelum ini masyarakat tempatan lebih suka membeli kereta sebagai simbol kekayaan dan status.
"Semakin ramai orang di sini melibatkan diri dalam sukan berbasikal. Boleh dikatakan kelompok pesara dan para pelajar mula membentuk kumpulan basikal mereka sendiri," jelas Zheng Peidong dari Pusat Kawalan Kualiti Basikal Kebangsaan iaitu sebuah badan kerajaan yang menguji basikal.
Secara tidak langsung perkembangan tersebut menyebabkan jualan basikal semakin meningkat. Trek China, syarikat pengeluar basikal tempatan yang menjual atas lesen Trek Bicycle Corp. dari Amerika Syarikat (AS), menjangka dapat mencatat jualan sebanyak AS$15.6 juta (RM48 juta) tahun ini. Jumlah itu meningkat sebanyak dua juta berbanding tahun 2006.
"Perniagaan berjalan dengan baik," kata penyelia pemasarannya, Wang Hao, 25.
Syarikat itu bakal mempunyai 260 buah kedai di seluruh China menjelang akhir tahun ini setelah lima tahun beroperasi. Pada bulan Oktober ini, Trek China akan membuka sebuah lagi kedai basikal berjenama di barat Beijing yang jauh dari kawasan kejiranan ekspatriat. Wang berharap mereka memperoleh hasil jualan basikal yang memuaskan.
Pada tahun ini saja, syarikat tersebut berjaya menjual 30 buah basikal yang berharga lebih daripada 60,000 yuan (RM29,000), setiap satu. Ini termasuklah bingkai karbon basikal edisi terhad jenama Tour de France Lance Armstrong yang dijual pada harga 100,000 yuan (RM49,000), setiap satu.
Walaubagaimanapun, sukan berbasikal tidak popular seperti mana sukan tenis, bola keranjang dan olahraga kerana sukan serta permainan lain tersebut mempunyai sang juara seperti Yao Ming, dalam sukan bola keranjang; juara padang, Liu Xiang; atau pemain tenis Juara Terbuka Perancis, Li Na.
Tour of Beijing yang dilihat sukar untuk dipromosi menyebabkan 'kaki basikal' seperti Yu langsung tidak menyedari tentang acara berkenaan yang berlangsung pada 5 Oktober hingga 9 Oktober 2011.
Hanya segelintir rakyat China berprofil tinggi seperti jutawan Chen Guangbiao, yang sanggup meninggalkan Mercedes-Benz pada bulan lepas semata-mata untuk meraikan, Hari Bebas Kereta Urban Kebangsaan.
Tom Lanhove, diplomat Belgium yang sudah lima tahun mengasaskan kumpulan basikal Yu, memberitahu sehingga kini masih ada persepsi negatif tentang sukan berbasikal dalam kalangan rakyat China.
"Ini merupakan penghalang utama dalam proses menjual basikal berjenama. Tiada siapapun yang mampu membeli dan sekiranya berkemampuan sekalipun, mereka lebih rela membeli kereta mewah," jelas Lanhove.
Di Beijing, kerajaan bercadang ingin meningkatkan infrastruktur berbasikal di bandar dengan membaik pulih lorong basikal dan menyediakan 50,000 buah basikal untuk disewa pada tahun 2015. Ini termasuklah menambah ruang parkir basikal berhampiran stesen bas dan stesen bawah tanah.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau perlu kita boleh tiru mereka sebagai sukan gaya hidup sihat dan memperkenalkan pengangkutan alternatif dalam menghadapi kesesakan lalu lintas di kotaraya. Samada guna basikal untuk pergi kerja atau sukan petang-petang dan santai hujung miggu di pantai atau kaki bukit.
Cuma jangan tiru cara perpakaian dan pergaulan bebasnya, seperti gambar di atas. Kerana di zaman awal Islam, Nabi Muhammad SAW pernah memperkenalkan kenderaan berkuda sebagai sukan yang dipertandingkan. (IH)
Lihat video sebelum ini..
No comments:
Post a Comment