Saturday, October 15, 2011

Konsert 3 Dekad Search, Akan Jadikah Rock Islam?

HALAMAN HIBURAN

AMY masih tegar dan segar meneruskan misi Search selepas 30 tahun hayat kumpulan rock tersohor itu.


DALAM kebanyakan kumpulan rock yang ada di negara ini, ternyata Search merupakan salah satu kumpulan yang sememangnya berada di satu kelas yang tersendiri dengan himpunan lagu-lagunya yang masih malar segar sehingga ke hari ini.

Ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bahru, Johor, kumpulan yang dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar irama) dan Yazit (dram) masih mampu mengekalkan momentumnya sebagai sebuah kumpulan rock legenda yang sudah bertapak dalam industri seni selama 30 tahun.

Kini dengan usia yang sudah mencapai tiga dekad, Search akan tampil dengan sebuah konsert istimewa yang bakal menggegarkan peminat rock tanah air menerusi Konsert Fenomena 30 Tahun Search.

Menariknya tentang konsert yang dianjurkan oleh Oracle Accord, ia akan diadakan di tiga buah lokasi utama iaitu di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang (19 November), Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan kemuncaknya di Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Pada satu sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini, Amy selaku vokalis berkata, konsert sempena ulang tahun Search yang ke-30 itu adalah sebagai satu penghargaan kepada para peminat mereka.

“Sudah tentu kami amat berbangga kerana masih dapat bertahan sehingga ke hari ini serta dapat mempertahankan muzik rock di Malaysia. Ini semua adalah disebabkan sokongan berterusan yang diberikan kepada peminat.

“Pada masa yang sama, kami juga sangat menghargai sokongan peminat yang terdiri generasi hari ini, di mana ibu dan ayah mereka yang terlebih dahulu sinonim dengan kumpulan ini terutama pada era 80-an,” ujarnya.

Seorang lagi anggota kumpulan itu, Nasir Daud menyatakan, 30 tahun adalah satu tempoh yang lama dan antara faktor utama kumpulan Search masih terus bertahan kerana mereka dapat meletakkan genre muzik rock ke persada muzik Malaysia sehingga ia diterima ramai.

Ujarnya lagi, ketika awal penubuhan kumpulan itu suatu ketika dahulu, kebanyakan kumpulan rock yang diwujudkan sekadar membuat persembahan di majlis kenduri kahwin dan tidak ramai pihak yang yakin sesebuah kumpulan akan mampu bertahan dalam tempoh yang lama.


DARI KIRI: Jerome, Yazid, Amy dan Nasir pada sidang akhbar Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Bagaimanapun dengan usaha kami yang berterusan akhirnya genre muzik yang kami bawakan semakin diterima peminat dan terus kekal. Malah, sekarang ini sudah ada badan korporat yang turut tampil untuk menjadi penaja dalam penganjuran konsert sebegini,” jelasnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat perkembangan yang berlaku pada diri Amy Searcch, ramai peminat-peminatnya, sedang tertnggu-tunggu bilakah akan wujud seni kumpulan rock Islam seperti berlaku kepada beberapa artis barat. Lihat ..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

Contohnya 03 -Muslim Rap-Soldier of Allah (English) dll.

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails