KL 13 Okt 11: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.
Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.
“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.
Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengapa diam? Solusinya pada kami, ialah jadikan Malaysia sebagai negara Islam secara syumul atau sepenuhnya, bukan separuh-separuh.. Contohnya kejayaan penghapusan zina dan pelacuran di zaman Rasulullah SAW jelas terbukti dalam sejarah.
Sewaktu kerajaan Islam muncul di Madinah, mojoriti rakyatnya tidak sampai 50% Islam, Islam minoriti. Itulah perjuangan Rasulullah, golongan yang kecil boleh mengalahkan golongan yang besar. Al-hamdulillah & Insya Allah! (IH)
Lihat video sebelum ini..
No comments:
Post a Comment