Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"
Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."
"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.
"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.
isalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.
Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.
3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.
3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim. Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.
3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.
3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.
4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.
"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."
4.25pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.
"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.
4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.
Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.
Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya. Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.
Beliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.
4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.
Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini. Sementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana semuanya berjalan dengan aman.
5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan Kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.
5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam. Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.
"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.
"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas memberi maklumat," katanya.
Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.
5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.
Beliau yang bercakap atas kapasitinya sebagai pemimpin Front Bertindak Anti Murtad berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.
"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.
Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.(Diangkat dari Malaysiakini)
5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.
5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambil gambar.
6.00pm: Exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada dua perkara menarik perhatian:
Satu: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang. Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.
Dua: Seperti yang difahamkan PAS melarang hadir ke majlis itu, kecuali atas individu. Datuk Dr Hasan Ali hadir dan menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat. Dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan turut berucap. (IH)Sila lihat ciri-ciri kerukunan umat beragama...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
Lihat video sebelum ini..
6 comments:
dr hassan ali UG ada kee..? yg pergi tu semuanya dah kena main oleh umno he..he.....
kita mula kenal siapa yang ikhlas siapa yang tidak ikhlas dalam menjaga agamanya.
kita mula kenal siapa yang ikhlas siapa yang tidak ikhlas dalam menjaga agamanya.
himpunan propaganda umno bn atas nama murtad kan kan kan ,orang yg jahil dan demi kepentingan peribadi saja yg hadir pembodek
Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.
"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya.....
aku agak mushkil statement di atas... murtadkan orang melayu dan hormati pilihan agama masing-masing....
salam ukhuwah...
rasa sangat bangga n syahdu dengan perjuangan dr hasan ali dalam mendaulatkan agama...ayat beliau saya keluar rumah hari ini bukan sbg ahli politik tp sebagai umat ISLAM...kalaulah semua ahli politik xkira PAS atau UMNO berfikiran sepertinya...semestianya ISLAM akan terus subur di MALAYSIA...walaupun kepimpinan PAS melarang ahli n mengugut akan mengenakan tindakan namun dr hasan ali ttp meneruskan perjuangan suci ini...syabas
Post a Comment