Tuesday, October 04, 2011

Malaysia Boleh Pelajari Cara Toleransi Ghandi


KL: 4 Okt 11: Malaysia boleh mempelajari cara toleransi yang diamalkan Mahatma Ghandi (gambar) yang memahami tolak ansur sahaja tidak mencukupi tanpa penerimaan dan perasaan muhibah.

Ketika membuat saranan itu, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Tan Sri Hasmy Agam berkata, amalan sedemikian amat penting khususnya bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dengan pelbagai agama dan kebudayaan.

Katanya, Ghandi yang digelar ‘Bapa Penentangan Pasif’ merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang memperjuangkan hak asasi dan kebajikan serta kebahagiaan manusia kerana beliau memahami keamanan dan kemajuan tidak dapat dicapai tanpanya.

Hasmy berkata, demikian dalam syarahan umumnya bertajuk ‘Mahatma Ghandi: Juara Hak Asasi Manusia’ pada Syarahan Kedua Memperingati Ghandi sempena sambutan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa, di sini semalam.

Syarahan itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi India di sini dan Ghandi Memorial Trust of Malaysia.
Beliau berkata, pemimpin India itu bukan saja meninggalkan kesan mendalam pada rakyat negaranya tetapi juga seluruh dunia.

Katanya, dalam keadaan dunia sekarang yang dipenuhi konflik, keganasan dan perang antara negara dan juga dalam negara, memerlukan masyarakat dunia melihat dan mengamalkan legasi Ghandi, baik secara individu, kumpulan mahupun sebagai sebuah negara. — Bernama

Lihat pandangan Islam...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails