Thursday, October 13, 2011

M'sia Nafi Rampas Tanah. MP Indo Tak T/Jawab


PUTRAJAYA, 13 Okt – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Jakarta adalah disebabkan oleh permainan politik murahan oleh pembangkang di negara itu.

Beliau (gambar) berkata isu sempadan Malaysia-Indonesia yang merupakan punca rusuhan itu tidak seharusnya timbul kerana tiada pencerobohan yang berlaku di kawasan terbabit, dan ia merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab oleh anggota Parlimen yang terlibat.

“Kita cuma menjadi mangsa kerana sasaran itu bukan kita tetapi adalah politik di Indonesia dan mereka menggunakan Malaysia sebagai alasan dan ini adalah politik yang saya anggap murahan dan tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebuah negara yang berdaulat iaitu Malaysia.

“Saya mengesyorkan dan meminta ahli-ahli Parlimen yang membuat tuduhan-tuduhan liar itu supaya memberhentikannya oleh kerana mereka tidak akan mengetahui tentang implikasi negatif dan besar akan berlaku sekiranya ianya berterusan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jepun Koichiro Gemba di Wisma Putra di sini. (IH)

Sebelum ini...

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails