|
|
SEMENJAK diperkenalkan kira-kira empat tahun yang lalu, program Raja Lawak Astro ternyata telah melahirkan begitu ramai pelawak-pelawak yang mewarnai dunia seni tanah air.
Nama-nama seperti Yusry Edoo, Ahmad Nabil Ahmad, Kumpulan Sepah, Kumpulan Kecik dan Abd. Rahman Kassim atau Man adalah antara peserta yang pernah muncul juara sepanjang lima musim rancangan berkenaan disiarkan di saluran Astro Prima.
Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan rancangan yang mencungkil bakat-bakat pelawak pelapis tempatan, maka pihak Astro telah mengumumkan untuk menghasilkan program Raja Lawak untuk musim yang ke-6.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, untuk musim yang terkini ini terdapat beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak Astro.
“Jika sebelum ini rancangan Raja Lawak disiarkan di saluran Astro Prima, tetapi bermula pada musim yang ke-6 rancangan ini akan disiarkan pula di saluran Astro Warna.
“Tujuan peralihan saluran tayangan dibuat adalah berdasarkan kepada saluran Astro Warna sebagai sebuah saluran komedi dan objektif kami untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada pelanggan,” ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.
Menurut Khairul, selain pertukaran saluran tayangan, pihak Astro turut membuat beberapa perubahan dari segi konsep dan format rancangan tersebut yang dilihat berbeza dengan musim-musim yang lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ada ruangkah bagi pihak-pihak bertanggung jawab untuk menaikkan taraf lawak kita ke taraf yang lebih bermutu dan bermatlamatkan pembangunan insan, tidak kira apa agama sekalipun. Ianya penting untuk pembangunan moral, kita tidak mahu seperti apa yang sedang melanda artis-artis kita sekarang ini. Antaranya berlaku seperti penyalahgunaan dedah dan dadah.
Di barat sudah ramai kumpulan-kumpulan lawak yang mengambil pendekatan berdakwah, seperti Omar Regan Halal Comedy dan beberapa lagi. Nak tahu sila klik... 26 -OMAR Regan Halal Comedy (IH)
Lihat juga..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..
Lihat video sebelum ini..
1 comment:
Asalamualaikum,
Cukuplah dengan lawak yang tak membawa ke mana.
Pelawak yang tiada pendidikan dan mempunyai skop dunia yang amat terhad akan hanya membodohkan semua yang menonton.
Jika dinilai dengan lawak zaman P Ramlee dan lawak Bill Cosby nampak jelas betapa pelawak masa kini terlalu cetek pengetahuan dan menjadikan bahan yang disampaikan mendungukan.
Katun Lat adalah contoh terbaik untuk melihat bagaimana Lat membawa pelbagai isu menjadi bahan humor dan bertenaga dan berpandangan jauh.
Hentikan lawak bodoh.
Post a Comment