Saturday, October 08, 2011

Penduduk Kampung Berebut Mendulang Emas

 
ORANG kampung berkumpul di sebatang sungai untuk mendulang lumpur yang dikatakan mengandungi emas berikutan berlaku kebocoran paip milik pengendali lombong emas, McMoRan Copper & Gold di kampung Kwamki Lama, wilayah Papua, Indonesia semalam. - Reuters

KWAMKI Lama, Papua - Kebocoran sebatang paip yang mengalirkan mineral bumi berharga seperti emas, tembaga dan perak telah membuatkan penduduk kampung di sini berebut-rebut untuk mendulangnya. 

Paip itu milik syarikat perlombongan Freeport McMoRan Copper & Gold dari Amerika Syarikat (AS). Walaupun cuba dihalang oleh kakitangan Freeport daripada mendulang, namun amaran itu langsung tidak dihiraukan. 

Orang kampung yang terdiri daripada golongan tua hinggalah kanak-kanak membawa pelbagai peralatan untuk mendulang. Antara alat yang digunakan termasuklah kuali, selimut, skup, karung dan dulang. Mereka dilihat tidak peduli untuk bergelumang dalam lumpur berwarna hitam itu demi mencari emas, perak atau tembaga. 

Material bumi yang keluar dari paip tersebut dikatakan mengalir hingga ke Sungai Otomona menyebabkan airnya yang jernih bertukar hitam. Seorang pegawai daripada Jabatan Keselamatan dan Pengurusan Risiko Freeport, Paulus Kogoya memberitahu kebocoran berlaku kerana paip terbabit sudah haus.- Agensi

2 comments:

Anonymous said...

Yеstеrday, while ӏ was аt woгk, my cousin ѕtole my iPаd and tested to ѕee if it cаn suгvivе a 30 foot drop, јuѕt sо she саn bе a youtubе
sensatiοn. Mу iPad is noω dеstгοyеd and she has 83
views. I know thіs іs entiгely off topic but Ӏ had to share it
with someone!

my weblog :: the introduction of diet menu

Anonymous said...

Ηello, i feеl thаt i noticеd you ѵisited
my sitе thus i got here to гeturn the choose?
.I'm attempting to in finding things to enhance my website!I assume its good enough to use a few of your concepts!!

My webpage click the following internet page

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails