IRF berkata perhimpunan Sabtu ini akan menggambarkan Islam sebagai “agama tidak toleran”. — Foto fail
KL 17 Okt 11: Penganjur Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) mengambil langkah yang silap, dan 'seolah-olah mahu menunjukkan kekuatan yang ada pada mereka'. Kata Dr Ahmad Farouk Musa, pengasas Pertubuhan bukan kerajaan Islamic Renaissance Front (IRF), seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.
Turut dinamakan dalam kenyataan itu ialah Mohd Radziq Jalaluddin, Ahmad Fuad Rahmat dan Edry Faizal Eddy Yusuf. Kata mereka, tidak banyak maklumat dibekalkan untuk menyokong hujah mereka setakat ini, khususnya berkaitan dengan kes-kes murtad yang menjadi teras pertemuan hujung minggu ini.
“Kita tidak diberitahu berapa ramai yang telah murtad ataupun gereja atau gereja-geraja yang dengan aktif terlibat dalam isu tukar agama di kalangan Muslim ataupun sama ada hanya Kristian di kalangan bukan Muslim aktif terlibat,” kata kenyataan itu.
“Semua ini hanyalah bersandarkan tanggapan semata-mata,” tambah kenyataan.
Sehubungan itu jelas kenyataan tersebut, terdapat dua persoalan yang perlu diberi tumpuan oleh kaum Muslim dengan jujur.
“Jika benar murtad merupakan isu yang serius sebagaimana didakwa, maka perlu ditanya, bagaimana dengan budaya Muslim dan pendidikan di Malaysia yang mengakibatkan seorang Muslim meninggalkan agama?
“Tambahan, apa yang Muslim Malaysia boleh lakukan sebagai satu komuniti untuk mengatasi budaya itu bagi menyedarkan mereka daripada menyisihkan anggota sendiri?” tambah kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, dalam keghairahan mempersalahkan pihak lain, “kita melupakan kekurangan kita dalam setiap masalah yang disasar untuk diatasi.” Pihak penganjur menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan julung kali diadakan ini, secara besar-besaran, untuk membincangkan isu murtad, bermula pukul 2 petang di Stadium Shah Alam, Selangor.
“Kami bimbang dengan mengadakan perhimpunan ini, ia akan memberi gambaran bahawa Islam ini agama tidak toleran, memberi gambaran buruk tentang Islam sedangkan Islam merupakan agama yang berteraskan akal, pemikiran yang waras, agama yang ditegakkan dengan akal dan hujah,” kata pemimpin-pemimpin IRF lagi.
“Kami ingin menekankan bahawa usaha mengadakan Himpun untuk mempertahankan akidah hanya akan menunjukkan bahawa Islam sebagai agama yang tidak toleran.
“Justeru, persoalan yang perlu dijawab ialah apakah hasil yang hendak dicapai dengan ucapan retorik yang lantarng perhimpunan ini,” katanya lagi. (IH)
Lihat sebelum ini...
2 comments:
salam ukhuwah...
kan matlamat dan kandungan HIMPUN ni bertujuan baik dan murni mengumpulkan seramai mungkin saudara mara seISLAM...knape membutakan mata menolak benda yang baik kerana program ini disokong n dbantu oleh kerajaan sedia ada...kalau kerajaan PAS kelantan buat rasanya xcukup tangan ibnu promote kan????
dah kena sembelit. toleran hapa benda, esok lusa anak cucu kamu jadi mangsa, baru nak kesal?
jesuit tak pernah serik kalau islam lembik. toleran? apa lagi nak toleran, kalau akidah dah tersembam di gereja. akibat toleranlah jadi macam ini. dulu pas memang berani masa berjuang sorang diri. bila ada teman kristian lahanat tu, semua berubah. sah pr dominan kaum kristian dap. nampak umeno yang dikata bangang tu lebih baik dan konsisten.
Nak tubuh negara islam macamana kalau hal kecik ini tak dapat fikir. adakah nabi kita toleran dengan orang murtad? cuba jawab. jawab jangan tak jawab.
Post a Comment