Monday, October 24, 2011

Peninju Tomoi Negara Latih Budak Jalanan..

SUKAN

SEJUMLAH kanak-kanak berlatih tinju tomoi di sebuah pusat kanak-kanak di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.

PHNOM PENH: Seramai 20 budak yang berumur tiga tahun hingga 14 tahun berlatih tinju tomoi di sebuah pusat komuniti yang kecil di sini. Mereka dilatih oleh legenda petinju tomoi negara itu, Eh Phuthong.

Phuthong yang telah bersara berharap dengan mendedahkan kemahiran tomoi kepada mereka, kehidupan budak jalanan tersebut akan bertambah baik.

"Mereka adalah budak yang miskin, sebahagiannya anak yatim. Saya menunjukkan kepada mereka seni mempertahankan diri supaya mereka dapat mempertahankan diri sendiri," kata Phuthong yang berusia 38 tahun.

"Saya juga memberitahu mereka supaya kekal sihat, meneruskan persekolahan dan jauhi dadah," tambahnya.

Ramai kanak-kanak menghabiskan masa dengan mengemis. Seorang budak berusia 12 tahun yang bekerja menyelongkar sampah, Vong Nith berkata, dia kini berasa lebih yakin pada diri sendiri selepas belajar daripada Phuthong.

"Saya selalu takut akan dipukul oleh kanak-kanak yang kaya," kata Nith.

Menurutnya, takut dipukul itu menyebabkan dia keluar dari sekolah.

"Saya kini mempunyai ramai rakan di sekolah. Apabila saya besar, saya mahu menjadi petinju terkenal tomoi seperti Eh Phuthong. - AFP

Komen Webblog Ibnu Hasyim: Belajar dan mengajar ilmu pertahan diri adalah suatu kebajikan. Biasanya di masjid-masjid negara China dahulu dan sekarang terdapat guru-guru yang mengajar ilmu pertahankan diri seperti 'kun tau' dan lain-lain. Apalagi di Malaysia terutamanya kaum wanita.

Pernah Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaran golongan wanita khususnya di kalangan remaja supaya mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi dimanfaat ketika waktu-waktu terdesak. Ilmu tersebut wajar dipelajari sebagai usaha untuk mempertahankan diri daripada gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, apabila wanita mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri kejadian ragut dan pencabulan yang semakin menjadi-jadi membabitkan golongan wanita sekarang dapat dikurangkan. "Sekiranya golongan wanita mempunyai ilmu itu sedikit sebanyak mereka tahu cara untuk mempertahankan diri dari terus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab." katanya. (Harakah online Jan 24, 2009)

Lihat, ada kaitan...

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails