KEPALA BATAS, 1 Ok 11: Pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam. Kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas sama ada PAS bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan.
“Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai PAS di Kelantan berpecah empat... hancur PAS Kelantan.
“Saya antara orang yang sokong tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami,” katanya.
Namun Nik Aziz masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13. Jelas Nik Aziz, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.
“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.
“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandotori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima,” katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13. (Sumber The Malaysian Insider)
Sebelum ini..
2 comments:
DAP tu tak berpegang pada ajaran islam boleh pulak terima bulat2. NIK AZIZ DAH NYANYUK. berenti la NIKI AZIZ. dah tua dah.
Anony 4:07 PM, kau tu yang nyayok, UMNO yang dipimpin orang Islam kenapa tak mansuhkan akta yang mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah di Parlimen.Berkawan dengan kafir lagi baik daripada munafikin sebenarnya..
Post a Comment