KL, 4 Okt 11: Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi
menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.
Pesawat
yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu
bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam
kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga
Timbalan Perdana Menteri.
Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam
jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen
Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Nurul yang melalui soalannya
meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah
digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta
kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.
Nazri
juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan
penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara
dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api
pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat. (Harakah)
Itu bukan pesawat yang di sewa dari MAS. Tipu rakyat lagi.... pesawat tersebut yang di beli zaman Pak Lah secara diam diam di bawa ke Malaysia dan turun di TUDM Subang.
ReplyDeletePersoalan nya dari peruntukan mana kah yang di gunakan kan olih Najib. Di bawah perundangan apa yang membolihkan pesawat tersebut di kendalikan olih sebuah syarikat swasta dan adakah yang termasuk dalam audit tahunan.
Terang terang mereka menipu!