HALAMAN HIBURAN
TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program
Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan
dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.
Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa tidak penting. Yang penting dilihat. trend artis-artis terlibat dadah makin meningkat. Perlu difikircari suatu kaedah atau pakej jalan penyelesaian yang berkesan. Kerajaan perlu bertanggungjawab, bukan kerja polis sahaja. Kerana mereka adalah idola remaja kita. Corak negara akan datang berada di bahu mereka. (IH)
1 comment:
asal dari kampong...
Post a Comment