Wednesday, October 05, 2011

SIS Bantah Hudud, Sama Dg UMNO?




KL, 5 Okt 11: Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu - pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu. Terengganu membawa enakmen yang sama 10 tahun kemudian. Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.

“SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktikan, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.

“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qisas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti.

“Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan,” katanya sambil menambah, “sebagai contoh, pihak mana yang perlu menyediakan bukti iaitu polis atau mangsa?”

“Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil,” kata beliau.
Beliau menambah, di bawah enakmen Kelantan pula, seorang wanita yang mengandung atau melahirkan anak disebabkan kejadian rogol, dianggap telah melakukan zina meskipun dia merupakan mangsa dirogol
.
“Ketidakupayaan menyediakan empat saksi lelaki akan berakhir dengan (andaian) telah melakukan zina sedangkan perogol pula bebas,” kata Ratna.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Golongan seperti ini pun ada di zaman Rasulullah dan Khalifah Islam selepasnya. Sayangnya Malaysia masih bukan negara Islam, maka mereka terus bebas menyalak walaupun mengaku beragama Islam.. Apa lagi bila mereka juga sama dengan UMNO yang tolak hudud.

Sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

3 comments:

Asri said...

Mana pihak berwajib Jakim/Jais, Orang duk bantai Islam ni.. bangunlah woiiii.. Senang2 je diorang kutuk Islam, Tapi nak ajak orang ke arah kebaikan susah pulak, kena ada tauliah laa.. apa nak jadilah negaraku ni..

pena marhaen said...

Satu lagi publisiti murahan yang cuba diraih oleh SIS..Nama bukan main Sister In Islam tapi tak nak hukum Islam..

Ibnu Batuta said...

Kenapa tidak PAS ajak SIS bincang.
terangkan dengan jelas...jawab apa jua persolan yang tak jelas sampai dorang paham. Perincikan apa yang kabur.....Bukan kah itu lebih baik dari menuduh/mengata sana sini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails